#PRKKualaKangsar : Pembinaan Jambatan Manong Diluluskan RM43.5j

Share This:

PENDUDUK Kuala Kangsar menerima berita gembira lagi dengan pengumuman Datuk Seri Najib Razak yang meluluskan peruntukan sebanyak RM43.5 juta bagi membina Jambatan Manong dan jalan di sekelilingnya sepanjang tiga kilometer.

Jambatan tersebut amat ditunggu-tunggu oleh penduduk di kawasan tersebut. Mereka telah membuat permohonan tersebut sejak beberapa tahun yang lepas. Memandangkan kerajaan menyedari ia sememangnya menjadi satu keperluan bagi masyarakat di sini maka Datuk Seri Najib telah meluluskan peruntukan itu.

“Jambatan memang sudah lama diminta penduduk sini, tapi yang diketahui memang belum ada lagi majlis letak batu asas seperti yang didakwa pembangkang.

“Saya ada hubungi Menteri Kerja Raya (Datuk Seri Fadilah Yusoff), dia menyatakan memang penduduk di sini hendak sangat jambatan. Bukanlah jambatan macam Pulau Pinang, tapi yang sesuai (dengan kapasiti penggunaannya), yang perbelanjaannya berbaloi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama kariah masjid dan penduduk setempat di Masjid Nurul Huda, Manong, selain menyampaikan bantuan kepada ibu tunggal dan anak yatim.

Menurut beberapa portal pembangkang, Pengerusi PAN Perak Asmuni Awi mendakwa bahawa sudah lima kali pecah tanah dilakukan untuk pembinaan jambatan Manong sehingga sudah tidak ada tanah lagi untuk dipecahkan semasa dalam sidang media di pejabat Amanah Kuala Kangsar.

Untuk makluman, dakwaan Pengerusi PAN Perak Asmuni Awi tersebut adalah fitnah yang berniat jahat. Belum ada lagi sebarang majlis letak batu asas  atau pecah tanah seperti yang didakwa pembangkang.

Pembinaan jambatan Manong akan memberi kemudahan kepada lebih 10,000 penduduk Manong untuk menyeberangi Sungai Perak. Buat masa ini, mereka masih menggunakan bot penambang untuk menyeberangi Sungai tersebut.

Rancangan pembinaan jambatan menghubungkan Kampung Seberang Manong ke Pekan Manong memang merupakan berita gembira buat penduduk kawasan itu. Jambatan tersebut bakal memberi manfaat kepada penduduk yang kebanyakkannya terdiri daripada pekebun getah dan kelapa sawit di kawasan itu untuk berurusan di Pekan Manong atau untuk ke bandar Kuala Kangsar.

Apa yang pasti, cepat atau lambat, Barisan Nasional akan tetap mengotakan segala janji-janji mereka. Berlainan pula bagi pembangkang, mereka secara terbuka mengakui bahawa segala janji dan manifesto yang diucapkan sewaktu mana-mana pilihan raya bukanlah sesuatu perkara yang perlu dikotakan. Oleh itu, penduduk Kuala Kangsar perlu mengundi Barisan Nasional bagi memastikan kebajikan mereka akan terjamin.

  • PRU14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*