PM Umum Bantuan Khas RM500 Kepada Pekebun Kecil Getah

Share This:

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bantuan khas kejatuhan harga getah 2016 kepada 388,111 pekebun kecil di seluruh negara bagi meringankan beban mereka.

Beliau berkata bantuan itu melibatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM 194 juta kepada 388,111 pemilik pengusaha dan penoreh getah.

Bantuan khas RM500 itu dibayar secara ‘one off’ kepada semua penerima bermula hari ini, katanya.

“Ini (bantuan) bukan kerana pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, kerana kita telah beri bantuan ini pada 2013, 2014 dan ini adalah kali ketiga.

“Kalau ada yang kata bantuan itu disebabkan PRK itu tak betul. Ini soal kebajikan masyarakat luar bandar,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kejatuhan harga getah 2016 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah 2016 di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

pm 1

pm 2

pm 3

pm 4

pm 5

 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*