#PRKKualaKangsar : Mastura Mohon Pembangkang Hormat Keharmonian Penduduk Kuala Kangsar

Share This:

TINDAKAN pembangkang yang langsung tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa telah mencetuskan beberapa kekecohan sejak beberapa hari yang lepas.

Oleh itu, calon Barisan Nasional Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar (P067), Datin Mastura Yazid memohon agar para pembangkang menghormati kesederhanaan dan keharmonian penduduk Kuala Kangsar khususnya ketika kempen pilihan raya kecil di kawasan itu.

Dalam program PAN di Taman Sri Emas semalam dilaporkan berlaku kekecohan hingga ucapan Ahli Parlimen DAP Anthony Loke tergendala seketika apabila seorang pemuda memarahi penganjur kerana mengadakan ceramah ketika umat Islam sedang berbuka puasa dan menjalani solat sunat Terawih.

“Itu jadual yang sudah ditetapkan mereka, dan saya tak mahu komen mengenainya.

“Tetapi kita di Kuala Kangsar ini sangat harmoni dan bersederhana jadi kalau siapa yang datang ke sini saya anjurkan supaya menghormati kesederhanaan dan keharmonian kami,” kata Mastura dalam sidang media di kediaman beliau di Bukit Chandan, Kuala Kangsar hari ini.

Hari ini adalah sidang media kedua Mastura sejak beliau dinamakan sebagai calon BN pada PRK Kuala Kangsar.

PAN dikatakan didalangi oleh DAP dalam segala gerak langkah mereka. Para pemimpin DAP dilihat enggan mengambil kira kepentingan umat Islam menjalani ibadah puasa dalam mengatur jadual kempen di Kuala Kangsar.

Perkara tersebut akhirnya mencetuskan kemarahan rakyat Kuala Kangsar terhadap PAN.  Sebelum ini Dato’ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin telah mencemarkan kempen PAN dengan mengaitkan kematian dua Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dalam nahas helikopter di Sarawak 5 Mei lepas sebagai balasan Allah telah disifatkan sebagai amat biadab.

  • PRU14,tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*