Sidang Media Dikawal-Terbukti, PAN hanya BALACI Setaraf HAMBA ABDI Kepada DAP

Share This:

Kejadian di Sungai Besar cukup memalukan sebuah parti  baru yang ditaja oleh DAP dalam memecahkan orang Melayu di negara ini. Sebelum ini Mat Sabu membuat penafian dengan menyatakan bahawa penubuhan PAN bukan ditaja oleh DAP.

Namun rakyat kini sudah bijak untuk menilai segala  gerak laku yang dilakukan oleh  DAP terhadap “Balaci” belaannya bagi memastikan “hidung” sentiasa ditarik untuk mendengar kata.

 Tiada apa yang harus disembunyikan lagi oleh PAN, semua rakyat sudah mengetahuinya. Rakyat harus sedar bahawa DAP amat licik dalam mengatur strategi  dan mengatur langkah untuk kepentingan DAP.

Jangan diperbodohkan dengan kata-kata Lim Kit Siang tentang kemampuan pembangkang mengurangkan undi majoriti BN sebab kalau rakyat terlebih memberi perhatian tentang perkara ini, Perlu diingatkan bahawa dengan mengundi PAN bermakna  rakyat telah bersetuju dalam  ideologi komunis DAP.

Kenyataan diatas  telah banyak dibuktikan selepas dua pilihanraya Umum, dimana pada kedua pilihanraya tersebut, sebahagian dari penyokong DAP telah dibohongi dengan pelbagai janji. Namun sehingga kini rakyat telah dianiaya dan dizalimi.

PAN Sebagai sebuah parti serpihan PAS, ramai melihat PAN sebagai PAS versi agama yang lebih liberal, malah lebih liberal dari UMNO yang memperjuangkan ideologi kebangsaan bercampur agama.

Pemerhati lain pula berpandangan PAN masih lagi berpaksikan ideologi PAS, Cuma dikawal oleh aspek liberal dua parti lain DAP dan PKR serta PAN belum menunjukkan taring mereka yang sebenarnya kerana masih bertatih mencari sokongan.

Melihat kepada senarai tokoh-tokoh pendokong dan pendiri parti PAN, perkara ideologi ala PAS ini boleh dikatakan agak jelas kebenarannya. Latar belakang tokoh-tokohnya berkitabkan ajaran yang masih sama dengan PAS.

Dicampur dengan pengaruh ABIM dan IRC pada sebahagian pemimpinnya, ianya menjadi gabungan ideologi yang sangat sepadu. Namun apakah benar semuanya. Semuanya telah menjadi persoalan sejak awal penubuhan PAN.

Tetapi pada PRK Sungai Besar telah menunjukkan bahawa PAN bukan sebuah parti yang ditubuhkan atas dasar perjuangan untuk rakyat, Namun ianya telah ditubuhkan   hanya untuk mengukuhkan kedudukan DAP dibelakang tabir disamping untuk memecahkan kesatuan perpaduan Melayu.

DAP telah mengawal sepenuhnya pergerakan calon PAN di Sungai Besar sehinggakan didalam satu sidang Media pun , calon PAN seakan begitu takut untuk mengeluarkan kenyataan kenyataan  dan seakan meminta persetujuaan apabila kenyataan hendak dikeluarkan.

Apakah ini calon pilihan rakyat. Calon yang dikawal sepenuhnya oleh DAP. Dimanakah kebenaran kata-kata Mat Sabu yang PAN bukan sebuah parti yang ditaja oleh DAP.

Bagi pandangan rakyat yang cukup matang melihat karenah PAN, Rakyat beranggapan bahawa PAN hanya Balaci kepada  DAP dan penubuhannya bukan berdasarkan perjuangan namun ianya ditubuhkan hanya untuk sebuah parti yang amat zalim, kejam dan penindas iaitu DAP.

Seharusnya rakyat dikedua PRK iaitu Kuala Kangsar dan  Sungai Besar tidak akan memberikan setiap perhatian kepada kedua calon PRK ini dan terus menumpukan keputusan kepada calon parti  yang selama ini telah memberikan khidmat yang terbaik untuk rakyat.

Calon parti yang dimaksudkan itu , sudah pastinya calon Barisan Nasional yang ternyata telah banyak berjasa kepada rakyat yang berbilang kaum dalam negara ini. Ini pasti dan sudah pasti serta terbukti bahawa Barisan Nasional adalah wadah kepimpinan yang seharusnya dipercayai selamanya.

– PRU14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*