#PRKSgBesar : Pakatan Harapan Mula Berjanji Dalam Usaha Membohongi Rakyat

Share This:

Rakyat sudah sedia maklum dan  menjadi serik dengan  setiap janji-janji yang dibuat oleh Pakatan   dalam mencari sokongan rakyat untuk memilih mereka sebagai wakil rakyat. Janji yang pernah ditaburkan oleh Pakatan  sebelum PRU 2008 dan 2013 sehingga kini tidak pernah tertunai lagi.

Dalam kenyataan terbaru dimana Majlis Setiausaha Pakatan Harapan terus mengeluarkan kenyataan bahawa akan memberikan tumpuan terhadap kebajikan rakyat adalah satu penipuan nyata sebagaimana sebelum ini. Janji-janji lama yang tidak pernah ditunaikan dalam menjaga kebajikan rakyat hanya tinggal janji.

Kini Majlis Setiausaha Pakatan Harapan berjanji lagi untuk memberikan penumpuan terhadap kebajikan rakyat. Ini satu cerita dongeng  yang diulang cerita untuk menghiburkan hati semata-mata.  Jika benar Pakatan Harapan ingin berbakti kepada rakyat tunaikan janji-janji lama yang telah hampir lusuh dan berlumut.

Apa hendak dikatakan oleh rakyat lagi, kehidupan yang tertekan disebabkan kebajikan dan prasarana yang dibiarkan tanpa dibela oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Isu pembiakan denggi dimana Selangor telah mencatatkan rekod sebagai negeri pengeluar denggi nombor satu di Malaysia.

Bukan itu sahaja, soal longgokan sampah sarap, perncemaran alam serkitar termasuk sungai   sudah berada ditahap yang amat membahayakan dan mengamcam kehidupan. Pakatan Rakyat harus sedar kebajikan  bukan sahaja bertumpu kepada  keperluan manusia semata-mata.

Walaupun ada kenyataan-kenyataan itu yang menjurus terus kepada parti-parti di dalam Pakatan Harapan ingin melakukan pembaharuan, semua itu hanya “gula Gula” Pakatan untuk menagih simpati dan sokongan

Majlis Setiausaha berpendapat bahawa misi paling utama Pakatan Harapan sekarang ini adalah untuk menumpukan kepada isu-isu kebajikan rakyat yang tertekan dengan segala tindakan kerajaan negeri Pakatan yang membiarkan rakyat ditindas, dizalimi serta  dibiarkan kebajikan mereka oleh Pakatan Harapan.

Melalui dasar yang diamalkan oleh  Dato’ Seri Najib Tun Razak. Perkara paling penting dalam negara ini ialah untuk menghentikan kemudaratan kepada rakyat akibat dari pentadbiran Pakatan Rakyat yang tidak memperdulikan langsung isu kebajikan rakyat termasuk isu rumah mampu milik, isu air bersih, isu sampah, isu pencemaran alam sekitar dan banyak lagi yang menjadi  beban kepada  rakyat untuk jangka panjang.

Dalam bulan pertama pemerintahan Pakatan Harapan,  ada beberapa peristiwa penting yang telah berlaku yang membawa kesan besar kepada rakyat. Peristiwa ini adalah  dimana rakyat didalam negeri Pakatan Harapan telah ditindas , dizalimi oleh pemerintahan DAP dan PKR yang mana telah merampas, menghalau serta merobohkan rumah rakyat miskin serta menutup punca pencarian rezeki rakyat.

Satu lagi peristiwa penting ialah ialah  isu penerimaan dana oleh DAP  bernilai RM1.2 billion yang  dikatakan telah disalurkan oleh Israel dengan beberapa perjanjian sulit jika  DAP dapat memenangi pilihanraya.

Penerimaan dana ini masih belum disiasat oleh pihak SPRM dan isu ini jika benar ianya merupakan satu ancaman keselamatan kepada negara. Rakyat pelu sedar natijah yang bakal diterima jika masih berterusan menyokong Pakatan Harapan.

Oleh yang demikian, mengambil semangat kesatuan politik di antara gabungan  Barisan Nasional  yang dimeterai setelah sekian lama, menyarankan agar rakyat tidak lagi  terjebak di dalam polemik politik yang tidak berkesudahan yang mana bertujuan untuk  mengalihkan perhatian dalam isu janji-janji yang telah dibuat pada tahun 2008 dan 2013 oleh Pakatan Harapan. Isu-isu rakyat dan skandal-skandal Mega serta keborosan pemimpin Pakatan  menyeleweng wang rakyat sehingga terabainya kebajikan rakyat  untuk dibela..

Malah, polemik politik yang berlebihan serta perkauman yang menjadi amalam Pakatan Harapan itu tidak disenangi rakyat dan rakyat seharusnya memberi tumpuan kepada Barisan Nasional  yang mana sebuah parti yang mampu membela kebajikan dan  masa hadapan rakyat dalam negara ini dan bukannya Pakatan Rakyat yang menafikan janji  kepada rakyat dalam kenyataan “Manifesto bukan janji”.

  • PRU14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*