Misteri Skuter Terowong Menora

Share This:

TEROWONG Menora dikatakan agak keras. Malah pengalaman beberapa orang yang melalui terowong tersebut mengesahkan lagi perkara ini.

Cuma sebelum ini, kita sering mendengar cerita berkenaan wolkswagen kuning. Namun kali ini kisah skuter terowong Menora bakal memberi pengalaman baru kepada kita semua.

Ikuti kisah skuter Terowong Menora dibawah :-

Terowong ini berada lebuhraya utara selatan diantara kuala kangsar dan ipoh…Terowong menora sering dikaitkan dengan gangguan misteri dan pelbagai kisah2 seram yang terjadi disini…ada diantara pengguna sering diganggu oleh misteri wolkvagen kuning…tetapi laen pula cerita yang aku ingin sampaikan kali ini…..

Kisah ini berlaku pada hari raya ke-7 thun 2011,sewaktu aku masih belajar di politeknik ungku omar…smentara itu,awek aku (lia) sedang menjalani latihan industri di kampar…lia slalu pulang ke kampungnya yang berada di ayer tawar.perak pada tiap2 minggu atau 2minggu skali…..jalan yang digunakannya amat berbahaya kerana dikiri dan kanan terdapat hutan2 tebal dan jalan yang bengkang bengkok dan berlubang2….

Selepas habis cuti perayaan,lia meminta aku tlong mnghantarnya pulang ke kampar…katanya,”takut sangat nak lalu jalan 2 sbab seram:”…pada mulanya aku tidak mahu mghantarnya kerana tlalu penat beraya dkampung…lagipun aku kena btolak dri taiping ke ayer tawar dahulu…barulah aku mghantarnya ke kampar….

Hari sudah lewat petang,aku berasa tidak sedap hati untuk mghantarnya kerana motosikal aku mmang sangat2 problem mse 2…(maklumlah moto modified)…oleh itu,aku meminta kawan karibku(naha) untuk mnemaniku mghantar lia balik ke kampar…perjalanan kami dari taiping ke kampar selamat dan tiada masalah…aku pon mghantar lia pulang kesana….tetapi,perjalan kami blom habis kerana kami pula akan pulang ke taiping…

Aku dan naha pun terus bertolak scepat mungkin untuk pulang ke taiping kerana hari sudah lewat petang…kami menggunakan lebuhraya utara selatan(hiway)….Nak dijadikan cerita pula, dalam perjalanan pulang ke taiping, motosikal aku rosak di tengah hiway berdekatan plaza tol ipoh utara…memamg angin satu badan,sbab pjlanan masih jauh lagi…s0,kami xde plihan laen….naha terpaksa menolak motorku mggunakan ex5 nya…..

Jam mnunjukkan pkul 7.20 petang…hari semakin gelap…knderaan smakin bkurangan…aku berasa kesian pulak dkat naha kerana mnolak motorku untuk menaiki bukit tersebut….kenderaan kami smakin perlahan,lebih kurang 30km/j shaja…(maklumlah ex5 tolak 135lc naik bukit kan)…

Terowong semakin dekat,kira- 1.5km lagi dhadapan….naha pun sudah pancit untuk mnolak motorku…..tiba2 sebuah sekuter putih ntah dari mana datangnya lalu dsebelah motorku….skuter tersebut mmberi isyarat tngan kepada naha supaya bhenti mnolakku kerana skuter tersebut pula akn mnolakku…..”alhamdulillah”…syukur kpada tuhan kerana ada jugak insan yang sanggup mnolakku pada saat2 sebegini….

Sewaktu skuter mnolakku,hatiku terus rasa tidak tenteram…bayangkan lah skuter mnolak lc naik bukit dengan sangat laju…kira2 100km/j….tiba2 sahaja bulu romaku naik tinggi….aku pun terfikir sesuatu tentang misteri terowong menora….ahhhhhhhh,pedulikan la cerita karut 2….semua 2 hanyalah mitos je kot….naha yang ketinggalan dibelakang terus menunduk mengekori kami….(mcm tengah race)….

Aku terpandang signboard ‘terowog dihadapan 200m’….hati terdetik sesuatu…mintak2 lah jgn ade gangguan didalam terowong ini….setelah masuk sahaja kepintu terowong tersebut,memang bulu romaku terangkat tinggi seolah2 benda tersebut sangat dekat denganku…tiada langsung kenderaan pada masa itu…skuter tersebut terus menolakku dengan sangat laju sekali sampailah keluar terowong….syukurlah kerana tiada gangguan sewaktu kami masuk kedalam terowong tadi…

Keluar sahaja terowong tersebut,skuter tersubut memberi isyarat tangan kepada naha supaya nemolakku semula…naha pun menolakku dan kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke taiping…setelah naha kembali mnolakku kira 15 or 20 saat,aku terlupa sesuatu….aku terlupa untuk mengucapkan terima kasih peda skuter tersebut…lalu aku menolehkan kepalaku kebelakang untuk memanggil semula skuter itu kerana ingin mengucapkan terima kasih….bila aku aku pandang saja dibelakang….

“ASTAQHFIRULLAHALAZIM………..”…………………………………………………………

Jantungku terus berdegup laju….badanku menggigil2 ketakutan….aku memberitahu naha supaya menoleh kebelakang…..”woi adik,betol ke ni…..jom cepat2 aku tolak ang balik rumah”..kata naha yang ketakutan…..

Aku memang sangat2 terkejut kerana bila aku menoleh kebelakang tiada sesiapa pun yang berada dibelakang kami….bahkan tiada satu kenderaan pun yang berada dibelakang kami…..dmanakah skuter tadi?…..

Sewaktu sampai di hentian sungai perak,kami berhenti sebelum jambatan tersebut kerana ingin berehat sebentar….badanku tiba2 rasa nak demam…..aku beritahu naha dalam pukul 9malam baru bertolak semula ke taiping…mungkin skuter tadi ade lalu ke,boleh la ucapkan terima kasih kepadanya…..tepat pukul 9 malam…memang tiada pun skuter yang menolakku tadi…

Jangkaan aku memang tepat semasa masuk kedalam terowong tadi….memang benda tersebut berada disebelahku….tetapi alhamdulillah….tiada apa2 pun yang terjadi mase 2….kami pun selamat sampai ke taiping kira2 pukul 10.30 malam….sesudah sampai drumah,aku membuka internet untuk mencari maklumat tentang misteri terowng tersebut….memang ternyata,ramai lagi yang sering dganggu oleh skuter tersebut….mungkinkah skuter tersebut ingin menolong orang yg kesusahan pada masa itu……….”WALLUALAM”…….

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*