#PRKKualaKangsar : PAN Sentap Nama Parti Digelar “Kuali”

Share This:

Parti Amanah Negara (PAN) mula melatah apabila beberapa pihak dikatakan menggelarkan parti mereka sebagai “kuali”.  Perang saraf secara maya tersebut telah memberi kesan yang agak mendalam sehingga PAN terpaksa merayu semua media arus perdana yang sekian lama ‘dihina’ pembangkang agar merujuk mereka sebagai Amanah bukan PAN.

Pengerusi PAN Perak, Asmuni Awi ketika sidang media di bilik gerakan pejabat parti tersebut hari ini telah menyuarakan permintaan tersebut sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.

Beliau dilaporkan menegaskan kepada media tempatan supaya tidak lagi menggunakan nama singkatan PAN bagi melaporkan berita mengenai parti berkenaan yang dipercayai mungkin bimbang dengan penggunaan singkatan itu.

Asmuni menegaskan pihak parti itu tidak mahu panggilan akronim PAN kerana singkatan nama parti tersebut didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) sebagai Parti Amanah Negara.

“Kami didaftarkan atas nama Parti Amanah Negara, dan singkatan kepada kami adalah Amanah bukannya sebagai PAN. Saya melihat ada kecenderungan sesetengah pihak media masih lagi sering menggunakan nama PAN.

“Saya mahu membetulkan perkara itu. Saya telahpun menghantar surat kepada Setiausaha Agung parti berhubung bantahan lembut meminta pembetulan daripada media supaya tolong merujuk kami selepas ini sebagai Amanah.

“Saya minta, perkara lalu (laporan berita dengan singkatan PAN) menjadi yang terakhir. Saya minta kerjasama daripada semua media supaya membetulkannya. Kerana ia (panggilan itu) amat mengelirukan para pengundi.

“Jika dibaca dalam media (arus perdana) adalah PAN dan tentu pengundi tempatan sendiri akan bertanya, parti mana pula yang bertanding ni?” kata Asmuni lagi sekali gus memberi mesej bahawa parti itu belum dikenali ramai.

Untuk makluman, pihak media pro-kerajaan BN merujuk parti itu dengan akronim PAN sebagai in-housestyle atau gaya penulisan rasmi untuk pemberitaan atas pelbagai faktor termasuk lebih ringkas dan tidak ‘memakan’ banyak ruang.

Ini juga mengelak kekeliruan dengan pelbagai organisasi lain seperti Amanah Saham Nasional Berhad, Amanah Ikhtiar Malaysia dan badan bukan kerajaan yang diselia penulis blog ternama Raja Petra Kamaruddin, AMANAH.

Penggunaan akronim lazimnya ditentukan sendiri pihak pengurusan organisasi media tersebut seperti PAS, bukan PIS merujuk Parti Islam Semalaysia serta UMNO, bukan PKMB untuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.

Situasi ini turut dapat dilihat ketika Pilihan Raya Negeri ke-11 di Sarawak bulan lalu apabila Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, tunjang komponen BN di Bumi Kenyalang itu disebut PBB dan bukannya PPBB.

Nampaknya PAN masih tercari-cari identiti. Tidak dapat kita nafikan bahawa bukan sahaja para pengundi Kuala Kangsar keliru dengan kemunculan parti tersebut, malahan ahli mereka sendiri masih lagi agak keliru. Dalam Islam, apabila sahaja timbul unsur was-was maka adalah terlebih baik kita tinggalkan sahaja perkara tersebut. Semoga pengundi Kuala Kangsar faham akan maksud tersebut.

  • PRU14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*