#PRKKualaKangsar : Dendam Nizar Kotorkan Kempen PAN

Share This:

KEBETULAN Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar (P067) berlaku dalam bulan puasa yang mulia. Namun dalam keterujaan calon-calon berkempen, Parti Amanah Negara (PAN) telah mencemari kempen mereka dengan disulami dendam kesumat yang masih belum reda dalam diri bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Nizar menegaskan bahawa Allah mahu rakyat Kuala Kangsar mengajarnya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pilihan raya kecil 18 Jun ini.

Pada sesi ceramah di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar, malam tadi, Nizar berkata dirinya tertanya-tanya mengapa daripada 222 kerusi parlimen di negara ini, Allah memilih supaya PRK diadakan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

“Kenapa tidak pilih Melaka, Kedah, Negeri Sembilan, Johor, kenapa pilih Kuala Kangsar, Bandar Diraja?

“Bila saya fikir-fikir dengan mendalam, di sinilah buminya semasa saya diberikan amanah untuk menjadi menteri besar Perak, daripada Mac 2008 hingga Februari 2009.

“Di sinilah buminya yang mana kedua-dua makhluk ini datang merampas kerajaan Pakatan yang saya pimpin ketika itu. Siapa makhluk itu? Tak lain tak bukan (Datuk Seri) Najib (Razak) dan (Datuk Seri Ahmad) Zahid (Hamidi).

Dengan berbuat demikian, Nizar berkata, Najib dan Zahid tidak menghormati hak rakyat Perak yang telah memilih kerajaan Pakatan Rakyat. Nizar yakin bahawa penduduk Kuala Kangsar akan mengajar dua pemimpin tertinggi negara itu.

Tindakan  Nizar tersebut menguris hati umat Islam. Beliau tidak sepatutnya mengeluarkan perkataan yang berbentuk dendam kesumat tersebut. Tambahan pula, beliau bukan lah calon PRK Kuala Kangsar.

Langkah tersebut turut dilihat seolah-olah mensabotaj calon PAN iaitu Dr Ahmad Termizi pula. Namun begitu kita tetap mendoakan agar Allah swt menerima taubat pemimpin PAN itu kelak.

  • PRU14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*