Kezaliman Dan Kekejaman DAP Terhadap  Bangsa lain Perlu Di Sekat Dengan Apa  Cara sekali Pun.

Share This:

DAP terus menerus berusaha untuk menutup kesalahan demi kesalahan yang dilakukan oleh mereka sehingga menyebabkan rakyat menderita di negeri Pakatan. Penderitaan rakyat bukan setakat fizikal malah penderitaan emosi juga dilakukan oleh DAP kepada rakyat.

Mana tidaknya DAP melalui Lim Guan Eng terus membuat tekanan dan mendabik dada dan memaksa sesiapa sahaja bersetuju dengan apa juga kaedah pentadbiran yang dilaksanakannya. Ini salah satu tindakan kuku besi yang menjadi amalan pemerintahan Guan Eng.

Jika dijalanan Guan Eng bukan sahaja tidak mematuhi  peraturan malah dia juga meletakkan kereta sesuka hati  tanpa mempedulikan rakyat yang lain. Sikap angkuh dan bongkak guan Eng ini bukan lah elok dijadikan contoh.

Mempelajari taktik maki hamun dan dakwaan kotor DAP  setelah berkuasa adalah  sikap yang telah ditonjolkan kepada rakyat.  Bagi suatu tempoh kurang daripada setahun selepas tamatnya Pilihanraya, rakyat mengeluh dah meyesal memilih DAP.

Bermulalah era kezaliman dan kekejaman dalam regim kuku besi DAP terhadap bangsa lain. DAP telah dapat memecahkan PAS dengan meletakkan orang nya didalam PAS. Dengan agenda tersembunyi apa juga  rencana mengenai Islam akan mendapat tentangan dari pemimpin PAS yang telah disogokkan oleh DAP.

Ini merupakan satu perancangan yang angkuh, kurang ajar dan menunjukkan ketidak-adaban DAP dalam mencari kesinambungan politik dengan menggunakan orang Melayu. Lontaran tohmahan kosong dan fitnah dilakukan oleh DAP  yang dikenali oleh setiap  minda rakyat Malaysia yang sedar betapa perkaumannya DAP.

Malah, jelas setelah berulangkali mengesahkan kerjasamanya dengan PAN pada masa kini, dan juga menjadi “balaci” kepada DAP, jangkitan politik DAP yang selalu menuduh UMNO  sebagai perkauman dan zalim terhadap rakyat. Rakyat  telah mula sedar dalam terus menilai kepimpinan DAP terhadap Melayu Pulau Pinang.

Apabila banyak skandal mega DAP dipersoalkan oleh rakyat, DAP seakan buta tuli untuk memberikan penjelasan, sehingga kini berbagai isu dibangkitkan untuk menutup isu penyelewengan wang rakyat dan skandal yang melibatkan berbillion ringgit.

Jika berbagai tuduhan di sasarkan kepada DAP, pemimpin mereka  akan cuba membela diri dengan mandakwa dan menuduh pihak lain dengan pelbagai tohmahan. Sehingga kini hanya isu banglo Guan Eng  sahaja yang baru disiasat oleh SPRM. Mana siasatan Isu skandal yang lain?

DAP sebagaimana kita ketahui tidak akan tunduk dengan penggunaan bahasa kebangsaan  malah  menghina penggunaan Bahasa Kebangsaan dengan mencemarkan  melalui ketidak fasihan bertutur oleh sebilangan besar pemimpin mereka.

DAP, jika benar seharusnya  menggunakan bahasa Kebangsaan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan. Kefasihan bertutur  menunjukkan sikap patriotik  sebagai warganegara. Namun di media sosial kita melihat bagaimana  pemimpin mereka menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa perantaraan.

Pernah di satu ketika  mereka cuba memasukkan bahasa mandarin sebagai bahasa kedua dalam apa juga urusan rasmi. Sikap ini sekali gus untuk melenyapkan bahasa Kebangsaan  didalam apa juga  urusan rasmi dan mengalakkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama.

Sejarah tidak pernah menipu kita, malah ianya adalah guru yang terbaik untuk kita menilai segalanya. Menilai manakah musuh dan manakah sahabat dalam  usaha kita mendaulatkan Rukun Negara  yang sentiasa ditentang oleh DAP.

  • PRU14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*