#PRKKualaKangsar : MB Razif Hadir Beri Semangat Pada Mastura

Share This:

MENTERI Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman hari ini meluangkan masa bersama calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar (P067), Datin Mastura Mohd Yazid di kediamannya di Bukit Chandan, di sini.

Beliau yang tiba pada jam 11.35 pagi tadi berdiskusi ringkas dan memberikan semangat kepada Mastura bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) pada kali ini.

“Saya dan isteri sempat singgah ke rumah Datin Mastura Mohd Yazid, Calon BN bagi Kerusi P67 Parlimen Kuala Kangsar untuk menziarahi beliau dan keluarga”, kata Ahmad Razif.

“Sebelah tengahari, saya bermotosikal sambil membonceng isteri bersama Jentera BN menziarahi beberapa pengundi yang uzur di PDM Taman Bunga Raya”, kata beliau lagi.

Ahmad Razif turut berjumpa dengan jentera BN yang hadir dan menyampaikan pesanan serta kata-kata azimat supaya dapat berjuang dengan sebaik mungkin bagi memenangi kerusi parlimen berkenaan.

“Saya sempat menghadiri Taklimat PDM dan menyampaikan sumbangan kepada Jentera BN PDM Taman Bunga Raya, Parlimen Kuala Kangsar. Moga dapat memberi suntikan semangat kepada mereka sepanjang kempen”, menurut Ahmad Razif lagi.

Hadir sama beliau pada lawatan ringkas berkenaan adalah isterinya Toh Puan Halina Zakaria.

Beliau dan isteri turut meluangkan masa bergambar bersama jentera parti dan meninggalkan kediaman Mastura pada jam 11.45 pagi.

  • PRU14.tv

ahmad razif 1

ahmad razif 2

ahmad razif 3

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*