#PRKSgBesar : Penyokong PAN Jadi Nakal Ejek Wanita Penyokong BN

Share This:

Oleh kerana kehadiran penyokong yang luar biasa sedikit, ada para penyokong PAN berubah menjadi nakal dengan mengejek beberapa orang penyokong Barisan Nasional (BN) yang terpaksa melalui lokasi kumpulan mereka berdiri sepanjang proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar hari ini.

Kumpulan penyokong PAN ditempatkan di jalan berdekatan Dewan Seri Bernam iaitu Pusat Penamaan Calon bersebelahan dengan lokasi penyokong BN dan betul-betul dekat dengan bangunan UMNO Bahagian Sungai Besar.

Dek kerana lokasi yang kebetulan berhampiran, penyokong BN yang mahu berjalan ke lokasi penyokong mereka terpaksa melalui kumpulan penyokong PAN dan parti dalam Pakatan Harapan sehingga sampai ke lokasi BN. Di situlah berlakunya ejekan dan provokasi sehingga membuatkan penyokong BN berkenaan ‘sakit telinga.

Anggota polis terpaksa meminta penyokong BN yang ingin melalui kawasan itu mengelak kumpulan itu dan berjalan di tepi mereka.

Tindakan itu jelas menunjukkan betapa rendahnya moral para penyokong Pakatan Harapan yang dalam hati mereka sentiasa penuh dengan niat melakukan provokasi dalam apa cara sekalipun.

bd3f90c0-3905-4dd0-96ef-5a24f43f9946

Agak mengejutkan apabila semangat yang dilaungkan oleh pakatan itu yang dianggotai PKR, DAP dan PAN pada majis pengenalan calon di Dewan Seri Sekinchan tempoh hari hanya berjaya menarik tidak lebih 2,000 orang hadir ke hari penamaan calon memberikan sokongan.

Bagi PAS yang sememangnya benci dengan PAN iaitu parti hasil perpecahan mereka, penyokong mereka hadir sekitar 3,000 hingga 5,000 orang mengiringi calon mereka Dr Abul Rani Othman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru.

Selesai penamaan calon, PRK Sungai Besar menyajikan pertembungan tiga penjuru antara BN, PAS dan PAN.

Calon BN ialah ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi, Abdul Rani dan calon Amanah Azhar Abdul Shukur yang juga Pengerusi Amanah Sungai Besar.

Para penyokong ketiga-tiga parti hadir seawal pukul 7.30 pagi berkumpul di lokasi masing-masing sebelum berarak beramai-ramai ke Pusat Penamaan Calon.

Calon BN, Budiman turut diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan para pimpinan BN.

PRU14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*