#PRKKualaKangsar : Laungan Pengkhianat Berkumandang Di Pusat Penamaan Calon

Share This:

SUASANA panas menyelubungi pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar.

Para penyokong PAS secara vokal melaungkan jeritan pengkhianat terhadap penyokong Parti Amanah Negara (AMANAH) apabila kumpulan penyokong Amanah melaungkan takbir yang menjadi “trademark” PAS.

AMANAH memilih profesor fizik Dr Ahmad Termizi Ramli sebagai calon pilihan raya kecil Kuala Kangsar bagi menentang calon Umno dan PAS.

Presiden AMANAH Mohamad Sabu mengumumkan pencalonan Termizi dalam majlis yang dihadiri pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) di Kuala Kangsar.

Termizi, 61, berasal dari Kampung Suak Petai di Manong, Kuala Kangsar.

Beliau adalah seorang profesor fizik dari Universiti Teknologi Malaysia sebelum bersara.

  • PRU14.tv

 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*