#PRKKualaKangsar : Kanak-kanak Bawah Umur Terpaksa Bawa Bendera

Share This:

PILIHANRAYA Kecil Kuala Kangsar dicemari dengan penyalahgunaan kanak-kanak dalam ketaksuban pihak PAS pada hari penamaan calon di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar.

Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad telah dinamakan sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar beberapa hari yang lepas.

Pengumuman dibuat Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di padang berhampiran markas PAS Kuala Kangsar, Bukit Chandan.

Dr Najihatussalehah,50, juga merupakan Anggota Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat sesi 2015-2017.

Beliau yang berasal dari Pasir Kubu, Pulau Tiga Kiri, Pasir Salak memiliki Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan dari Universiti Malaya dan pernah berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Kuala Lumpur.

– PRU14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*