Mat Sabu Sedang Gembira Lena Hidup Dalam Angan-Angan

Share This:

Dirinya pasti pernah memasang impian sebelum ini untuk memimpin sebuah parti yang berganding dan bekerjasama dengan parti pembangkang elit di negara ini seperti PKR dan DAP dan kini nampak benar dirinya sedang hidup leka diulit leka yang indah.

Itulah rasanya suasana kehidupan Presiden PAN Mohamad Sabu atau Mat Sabu yang betul nampak gembira apabila dilantik mengetuai parti baru serpihan perpecahan PAS sebelum ini.

Apabila duduk di sebelah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, duduk di sebelah Pengerusi DAP Lim Kit Siang dan di sebelah anaknya Lim Guan Eng nampak benar raut wajah Mat Sabu begitu gembira pada setiap majlis dan program yang dihadirinya.

Bagaimanapun, adakah beliau sedar di mata hampir majoriti rakyat di seluruh negara melihat dirinya tidak lebih daripada seorang ahli politik ‘Pak Lawak’ sahaja dalam kalangan pembangang. Orang ramai hanya menantikan sahaja lawak yang bakal digunakannya dalam ceramah politik untuk mereka ketawa.

Sebenarnya, Mat Sabu masih tidak sesuai untuk memimpin sebuah parti yang berteraskan misi di peringkat nasional kerana cara kerjanya yang nampak sambil lewa dan penuh kelemahan. Apa yang beliau mahukan ialah pengaruh dan sokongan dari seberapa ramai penyokong dan kemudian mengiktiraf dirinya sebagai pemimpin serta hormat padanya.

Dalam PAN sendiri masih banyak individu yang layak menggantikan Mat Sabu sebagai Presiden. Paling layak ialah Timbalan Presidennya sekarang iaitu Salahuddin Ayub dan mungkin juga Ahli Parlimen PAN Shah Alam, Khalid Samad yang jauh lebih layak dari Mat Sabu.

Ramai pihak tahu bahawa ia adalah muslihat DAP melantik Mat Sabu sebelum mereka terus menjalankan langkah membunuh karier politiknya apabila tiba masanya yang sesuai.

Ada desas-desus nakal yang berbunyi, jika Mat Sabu gagal mendapatkan sokongan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, parti PAN akan dibubarkan. Akhirnya, Pakatan Harapan akan hanya tinggal dua parti sahaja iaitu PKR dan DAP untuk cuba menjatuhkan BN pada masa akan datang.

Dari riak wajahnya, Mat Sabu masih dilihat belum sedar apa yang bakal menantinya di depan perjalanan nanti. Saat ini, beliau sedang betul-betul menikmati mimpinya iaitu memimpin sebuah parti yang bergandingan secara langsung dengan para pemimpin pembangkang yang hadir dari parti elit seperti DAP dan PKR.

Di Sungai Besar, PAN akan menurunkan Azhar Abdul Shukur untuk menentang BN dan PAS melalui calon mereka Dr Abdul Rani Othman. BN pula diwakili oleh Budiman Mohd Zohdi.

PRU14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*