Rafizi Bakal Menteri Besar Selangor?

Share This:

Sejak Pakatan Rakyat (kini Pakatan Harapan) menguasai negeri Selangor pada tahun 2008, satu per satu kemelut kuasa berlaku antara parti yang mentadbir negeri Selangor. Bermula dengan “rampasan kuasa” yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim menerusi Langkah Kajang, kini ia kembali berulang menerusi Rafizi Ramli.

Secara tiba-tiba Rafizi bertukar menjadi “orang suci” apabila bertindak menyerang pentadbiran Datuk Seri Azmin Ali menerusi apa yang beliau dakwa, rasuah wang dan wanita dalam kerajaan negeri Selangor. Beliau secara kosisten menghentam Azmin yang beliau sifatkan kerajaan pimpinannya sebagai korup dan penuh masalah.

download (1)

Pada satu ketika,Peesiden PKR, Datin Seri Wan Azizah cuba untuk meleraikan sejenak masalah yang berlaku antara dua orang kepercayaan parti ini, namun ianya menemui kegagalan. Kemuncaknya, Wan Azizah meminta sendiri Rafizi mengemukakan bukti yang beliau ada kepada SPRM untuk diambil tindakan.

Hari ini, setelah Rafizi mengemukakan buktinya kepada SPRM, kredibiliti Azmin kini sudah mula dipersoalkan ramai pihak. Malah ada yang mula mengaitkan skandal pentadbirannya dengan apa yang berlaku terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang semua sedia maklum, sedang berhadapan dengan tuduhan salah laku.

Ini jelas sesuatu yang cuba dielakkan oleh Azmin disaat beliau sedang cuba untuk mengukuhkan kedudukan dan pengaruhnya dalam PKR untuk mengambil alih kedudukan Wan Azizah selaku Presiden PKR.

Bagi pihak Wan Azizah, pastinya beliau mahu mengelakkan sebarang rampasan kuasa berlaku dalam PKR. Oleh itu, beliau pastinya mempergunakan apa sahaja peluang dan keadaan untuk melindungi kuasanya walaupun terpaksa mengorbankan orang nombor dua partinya sendiri.

images31

Mungkin ramai tidak sedar, PKR kini sudah terpecah kepada dua, satu kem yang sentiasa mengagungkan Reformasi dan Anwar Ibrahim dimana pecahan ini dikuasai oleh Wan Azizah. Disatu pihak lagi, ianya dikuasai oleh Azmin dengan dibantu oleh Tun Dr Mahathir dengan membawa idealogi PKR harus keluar dari bayang-bayang Anwar yang mereka sifatkan tidak lagi relevan.

Disinilah peranan Rafizi bermula. Dengan mengemukakan bukti yang tidak diketahui dari mana puncanya, Rafizi menjadikan skandal ini sebagai peluru utamanya dalam menjatuhkan kedudukan Azmin. Ditambah kedegilan Azmin yang enggan menggugurkan 4 orang Exco PAS dari kerajaannya, ini menjadikan kedudukan Azmin benar-benar genting.

Mungkin Rafizi ada ditawarkan jawatan Azmin andai beliau berjaya memastikan Azmin dihalau keluar dari Wisma Darul Ehsan. Andai ini berlaku, Selangor sekali lagi bakal menyaksikan rampasan kuasa dan kali ini boleh disifatkan sebagai skandal Darul Ehsan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*