Penamatan Kluster: Perubahan Pentadbiran Razif Pertama

Share This:

Penamatan kluster seperti mana yang dimaklumkan oleh pegawai-pegawainya dalam satu laporan berita semalam dillihat tidak mengancam kedudukan Ahmad Razif sebagai Menteri Besar Terengganu malah mengukuhkan lagi kedudukannya dalam memperkasakan pegawai-pegawai menteri besar.

Kluster yang terdiri daripada lima kumpulan; pendidikan, ekonomi, agama, politik dan belia; ditubuhkan pada September 2014, yakni selepas beberapa bulan Ahmad Razif dilantik menjadi menteri besar, bertujuan untuk menjadi ahli pemikir serta pelaksana dalam program-program yang dapat memberi impak kepadanya.

Namun demikian, penamatan kluster tersebut dengan alasan langkah penjimatan kerajaan negeri tatkala keadaan ekonomi negeri yang tidak stabil dilihat sebagai satu langkah berani Ahmad Razif melakukan perubahan dalam pentadbirannya setelah hampir dua tahun bersikap “menjaga” hati bekas-bekas ahli politik yang dilantik dalam cluster berkenaan.

Apatah lagi, sejauh manakah pegawai-pegawai kluster tersebut melakukan tanggungjawab mereka dalam bidang masing-masing selain daripada menjaga periuk nasi serta menjadi “gunting dalam lipatan” kepada Ahmad Razif?

Selain daripada itu, kelima-lima kluster berkenaan dilihat sebagai kegagalan pertama Ahmad Razif setelah menjadi menteri besar menggantikan Ahmad Said kerana ketidakberfungsian dalam melaksanakan tugas, selain daripada diberi gaji secara penuh RM5000 sebulan sebagai elaun.

Walaupun Ahmad Razif tidak pernah bersuara dan mengumumkan perkara berkenaan kepada media dan laporan tersebut hanya memetik luahan perasaan salah seorang pegawai klusternya, tindakan Ahmad Razif merupakan satu tindakan yang berani, tegas dan tepat dalam memastikan pentadbirannya semakin kukuh setelah menerima beberapa ancaman dalam separuh tahun ini.

Antara pegawai Ahmad Razif yag turut ditamatkan perkhidmatannya ialah Pengarah Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Che Mansor Che Kerma, yang dilihat kurang aktif pembabitannya dalam bidang media apabila Ahmad Razif bertalu-talu diserang baik samada dalam media utama mahupun media sosial, sedangkan Che Mansor memegang media rasmi kerajaan negeri, Teganukita.my.

Mungkin akan ada perubahan-perubahan yang akan berlaku selepas daripada ini apabila Ahmad Razif melihat dan memberi peluang kepada pegawai-pegawai agensi di bawahnya untuk melakukan tanggungjawab dan melaksanakan kerja dengan baik. Adakah Pengarah Agensi Transformasi Rakyat (ATRA), Omar Adam akan turut diganti dengan orang yang lebih layak yang mana tidak “syok sendiri” untuk menjadi calon kawasan?

Walaubagaimanapun, tindakan pertama Ahmad Razif ini dilihat sebagai tindakan yang berani dan terbaik untuk memberi ruang dan peluang kepada dirinya sendiri untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai orang pertama negeri setelah lebih daripada dua tahun “menjaga hati” pegawai-pegawai di sekelilingnya. Syabas dan tahniah!

– Mykmu

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*