Neelofa Bakal Umum Sesuatu Yang Istimewa

Share This:

Baru sahaja melancarkan Naelofar Hijab Raya 2016 dan minyak wangi jenamanya sendiri, terbaru Neelofa dalam kenyataannya “I will be announcing something special soon” seolah-seolah ingin menguar-uarkan sesuatu yang baik. Mungkin bakal suami.

Noor Neelofa tidak lama dahulu pernah dikaitkan dengan beberapa orang jejaka VVVIP, namun berita gembira hubungan mereka tidak kesampaian. Malah, ada yang mengatakan bahawa khabar angin tersebut tidak berasas sama sekali. Sebelumnya, Neelofa turut pernah menjalin hubungan dengan pelakon kacak, Hans Isaac walau kecundang di pertengahan jalan.

Khabarnya kini, Neelofa dan Hans Isaac sudah kembali bertaut hubungan cinta dan kemunculan Hans sewaktu sambutan ulangtahun kelahiran Neelofa Februari lalu seakan-akan mengiyakan perkhabaran gembira ini.

Apatah lagi, video kempen Naelofar Hijab Raya 2016 bertemakan “Allah Lebih Tahu” itu bukan sekadar paparan iklan seperti selalunya. Kalimah “dia” dalam bait puisi Neelofa mungkin mudah sahaja disalahtafsir sebagai “Dia” (Tuhan/Allah), namun jika diperhatikan sebaiknya “dia” di sini bermaksud jodoh.

Tidak cukup dengan itu, klip ini juga diselitkan dengan petikan doa istikharah serta ayat Quran surah 78:8 “And We created you in pairs” yang sungguh menggugah persoalan yang sama.

Akhir sekali, Neelofa juga berpesan di dalam akaun Instagramnya hari ini dengan: “setiap niat, perlakuan, keputusan dan perancangan biarlah Allah sahaja yang tahu.”

Jika benar, adakah Hans Isaac jejaka bertuah itu? Jika bukan, siapakah jejaka yang telah muncul dalam bingkisan doa Neelofa yang akhirnya bakal bergelar suami kepada Artis Paling Popular Malaysia ini? Kita tunggu dan nantikan sahaja berita penuh gempar ini dengan sabar.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*