Euro 2016: Bale Jadi Inspirasi Kepada Wales Untuk Cipta Kejutan

Share This:

PENGURUS Real Madrid, Zinedine Zidane percaya anak buahnya, Gareth Bale akan menjadi inspirasi kepada Wales untuk mempamerkan kuasa sebenar dalam mencipta kecemerlangan pada saingan Euro 2016.

Pemain termahal dunia itu akan membuat penampilan antarabangsa bersama negaranya selepas merangkul dua trofi Liga Juara-Juara bersama Real Madrid.

Zidane menegaskan Bale begitu berbeza dengan beberapa pemain bintang yang lain.

“Seorang pemain tidak boleh membuat pasukan tetapi seorang pemain boleh menjadi inspirasi kepada pasukan. Melihat cara permainan Bale, sudah pasti rakan pasukannya akan menjadikan dia sebagai inspirasi.

Bale menikmati musim terbaiknya di Madrid sejak tiba di Sepanyol tiga tahun lalu dengan menjaringkan 19 gol dan membantu mencipta 11 gol untuk rakan-rakannya dalam hanya 23 penampilan di pentas La Liga.

Susulan prestasi cemerlang Bale, Zidane yakin pemain berusia 26 tahun itu akan mempamerkan bakat sebenarnya di peringkat kejohanan antarabangsa.

“Saya amat berbangga dengan Bale yang akan beraksi di Perancis pada musim panas ini.

“Dia pemain luar biasa, salah seorang terbaik dunia. Baginya tidak beraksi pada kejohanan antarabangsa adalah satu tindakan tidak betul,” kata Zidane.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*