Sudahlah Aibkan Orang, Teringin Pula Mahu Bertanding PRK Kuala Kangsar

Share This:

Kalau betul hendak bertanding atas tiket Bebas di mana-mana pilihan raya, lakukan dengan terhormat dan profesional termasuk keluar dari parti yang dianggotai sebelum bertanding.

Bagi seorang Ahli UMNO Cawangan Pusat Bandar Chempaka, Bahagian Pandan, Selangor Syed Rosli Syed Harman Jamalullail, tindakannya mengumumkan akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan pada masa sama memalukan ahli keluarga penyandang kerusi itu adalah melampau.

Dalam laman sosial Facebooknya semalam, terdapat satu tulisan yang merupakan seperti doa supaya balu Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, Datin Mastura Yazid ditimpa kejadian yang tidak diingini.

Dia sebenarnya pernah bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti lepas tetapi kalah.

Kali ini, agaknya sudah habis populariti murahan, dia menuntut pula yang baru.

Beberapa kata-katanya di laman sosial berkenaan juga menggunakan kata-kata kesat menghina keluarga Allahyarham termasuk anak-beranaknya.

3b78bda6-0dd6-46b6-96e5-10e2fd4495b2

Mastura telah dipilih oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk menjadi calon bagi PRK di Parlimen Kuala Kangsar. Kerusi berkenaan kosong selepas suami Mastura meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak 5 Mei lalu.

Hari ini, dengan rasa selamba dia mengumumkan di laman Facebook akan bertanding atas tiket Bebas bagi merebut kerusi berkenaan.

Menurutnya, kedua-dua calon yang bertanding dari BN, Mastura dan calon PAS Dr Najihatussalehah Ahmad bukan anak tempatan Kuala Kangsar.

SyedTanding

Mastura berasal dari Negeri Sembilan manakala Dr Najihatussalehah dari Pasir Salak,Perak.

Jika Syed Rosli Harman meneruskan niatnya bertanding pada PRK itu, eloklah UMNO kemudian memecatnya mengikut peraturan parti yang tidak membenarkan ahli parti bertanding.

PRU14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*