Kukuhkah Kedudukan Azmin Di Selangor Hari Ini?

Share This:

Seseorang pemimpin yang memimpin sesuatu negeri mahupun negara, cukup memerlukan sokongan daripada rakan dan sekutu politiknya untuk terus kekal berkuasa. Begitu jugalah halnya dengan Menteri besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali yang pada ketika ini semakin hari semakin dipinggirkan oleh kepimpinan tertinggi PKR dan DAP di Selangor.

Manakan tidak, hari ini, desakan dan suara beliau langsung tidak diendahkan oleh Parti Amanah Negara yang kekal dengan pendiriannya untuk bertanding di Parlimen P093 Sungai Besar. Ini jelas bertentangan dengan kemahuan Azmin yang mahu melihat PKR sahaja yang bertanding di kerusi ini.

download (21)

Melihat kepada reaksi DAP dan Datin Seri Wan Azizah selaku Presiden PKR pula, mereka lebih cenderong untuk melihat PAN memasuki gelanggang di Sungai Besar. Sekali lagi Azmin menerima tamparan hebat akibat daripada desakannya sendiri.

Melihat dari sudut lain pula, kerajaan Selangor yang diterajui Azmin pula masih mengekalkan 4 orang Exco PAS yang berjaya memenangi kerusi DUN pada Pilihan Raya yang lepas. Hal ini cukup tidak disenangi DAP, terutamanya apabila melihat PAS kini sudah menjadi musuh utama DAP dan PAS juga tidak lagi menyertai Pakatan Harapan yang baru dibentuk, September tahun lalu.

Akibatnya, sepanjang hampir setahun ini, kedudukan Azmin begitu hebat diasak oleh DAP dan lebih utama, ianya turut disertai oleh kem Wan Azizah dari PKR itu sendiri. Lebih memburukkan keadaan, kedudukan pecahan parti yang ada di Selangor juga menunjukkan kedudukan Azmin begitu genting dan boleh dianggap akan roboh pada bila-bila masa.

Untuk sedikit makluman, Barisan Nasional masih mengekalkan 12 kerusi DUN yang mereka miliki. Bagi PKR pula, mereka menguasai 13 kerusi DUN, DAP, 14 kerusi DUN, PAS, 15 kerusi DUN dan Bebas 2 kerusi. Andai mengambil kira kedudukan Pakatan Harapan kini, Azmin hanya mengetuai 27 Kerusi DUN dimana yang lainnya, bukan menganggotai Pakatan Harapan.

images (13)

Dengan mengetuai 27 buah kerusi DUN, adalah amat mudah untuk disimpulkan bahawa kedudukan Azmin di Selangor cukup goyah dan bila-bila masa sahaja boleh diruntuhkan dengan pakatan Barisan Nasional, PAS dan Bebas dengan majoriti tipis. Adakah Azmin masih mahu mengatakan beliau masih kuat dan masih mendapat sokongan penuh?

Mungkin Azmin dan para penyokongnya harus menilai kembali, kekuatan yang ada pada Azmin pada hari ini. Kerajaan pimpinannya berada dalam kedudukan yang amat goyah. Ditambah pula dengan ketiadaan sokongan padu dari rakan politiknya sendiri dan paling utama, tindakan beliau yang menentang institusi Presidennya, nyata telah memakan diri beliau sendiri.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*