“Terima Kasih PM, Selesaikan Isu MB Terengganu” – Ahmad Razif

KENYATAAN RASMI MENTERI BESAR TERENGGANU

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi di atas segala nikmat dan kurniaNya yang diberikan serta berterima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak di atas kepercayaan beliau yang diberikan kepada saya serta komitmen yang diberikan oleh beliau dalam menyelesaikan isu yang melanda negeri ini sejak minggu lalu.

Segala spekulasi serta tanggapan yang dibuat sepanjang minggu lalu telah pun terjawab pada hari ini melalui pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri.

Oleh itu, saya menyeru kepada semua kepimpinan negeri Terengganu untuk terus bergerak ke hadapan dan berjuang untuk negeri dan rakyat demi kesejahteraan semua.

Saya yakin apa yang berlaku ada hikmah dan pengajarannya.

YAB Ahmad Razif Abd Rahman
1 Mei 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *