DAP Cabar Perlembagaan Negara Dengan Penghinaan Kepada Bumiputera

Share This:

Amat ganjil sekali apabila sesebuah gabungan Pakatan Harapan yang tidak berdaftar secara sah cuba memperkatakan tentang perlembagaan sesebuah negara yang berdaulat. Mana mungkin perkara ini berlaku. Sedangkan  oranganisasi tersebut tidak ada perlembagaan mereka sendiri.

Hal ini telah menunjukkan betapa Guan Eng yang mana lebih mementingkan kepentingan DAP sendiri dari mewujudkan sebuah Parti yang  mempunyai gabungan yang berdaftar. Semua ini dilakukan dengan sengaja untuk membolehkan  sekutu yang lain dipergunakan.

Bukan itu sahaja, Pakatan Harapan yang baru setahun jagung ditubuhkan dengan sewenangnya boleh memperlekehkan apa juga yang termaktub dalam perlembagaan negara ini tanpa rasa bertanggungjawab  kepada  tindakan mereka.

Perkara ini juga dapat disimpulkan bagaimana pemimpin pembangkang  bercakap mengenai Perlembagaan negara, mereka hanya bercakap mengenai kedudukan hak kaum mereka sahaja  dan bukannya kepentingan sahih kaum-kaum lain.

Secara jelasnya, ini menunjukkan mereka yang dikalangan pembangkang buta sejarah, buta Perlembagaan, dan buta hati.  Bercakap menegenai sesuatu yang memihak kepada satu pihak sahaja. Sedangkan didalam perlembagaan tidak dibuat sedemikian. Malahan ianya menjaga semua kepentingan yang ada.

Hal ini sudah amat jelas bagaimana penghinaan demi penghinaan yang dilakukan tanpa ada rasa bersalah dan sekali gus menunjukkan rasa tidak sensitif terhadap perasaan kaum yang lain. Mereka DAP terus mempertikaikan apa yang telah dilindungi oleh Perlembagaan negara semasa penubuhannya.

Baru-baru ini pemimpin DAP dengan lancang sekali melebalkan seorang pendakwah Islam Dr. Zakir Naik yang datang ke Malaysia  dengan mengelarkannya sebagai “satan”- Sedangkan dalam negara ini Islam merupakan agama rasmi yang dilindungi oleh perlembagaan.

Pakatan Harapan acap kali  telah melanggar peraturan yang ditetapkan oleh  kerajaan Malaysia dengan mengadakan demontrasi,  kecaman terhadap kedaulatan negara, kecaman terhadap sistem beraja  kini sedang  cuba menutup kesalahan yang mereka lakukan dengan  bercakap megenai hal-hal berkaitan dengan perlembagaan.

Skandal-skandal Mega yang dilakukan oleh Guan Eng, Azmin Ali sedang dipertikaikan oleh  rakyat dengan mendesak agar kerajaan mengambil tindakan yang tegas terhadap pemimpin ini. Rakyat yang inginkan kehidupan yang harmoni kini sedang menunjukkan kebencian terhadap Pakatan Harapan yang tidak menghormati Perlembagaan negara ini.

Sebagai contoh yang acap kali dilakukan oleh pembangkang ialah merujuk kepada perkara 153 yang mana khusus  untuk menjaga kepentingan orang Melayu , Raja Melayu Tetapi pembangkang dengan niat jahat mereka  sentiasa merujuk Artikel 153 Perlembagaan mengenai kedudukan orang Melayu dan Bumiputera sebagai justifikasi pendekatan rasis mereka hanya untuk orang Melayu.

Mereka juga seringkali gagal untuk menyebutkan kepentingan sahih komuniti-komuniti lain juga mesti dilindungi sebagaimana yang termaktub didalam perlembagaan. Disini kita dapat melihat bagaimana mereka menggunakan  Perlembagaan yang mereka sendiri tidak miliki dalam Pakatan Harapan  cuba melakukan agenda jahat dengan menggunakan persepsi mereka sendiri.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan  sememangnya anti orang Melayu, anti-Islam ataupun menentang institusi diraja sebagaimana yang kita lihat provokasi terhadap Islam , Orang Melayu  Raja Melayu  dilakukan menerusi orang yang diupah untuk melakukannya.

Dalam perjuangan BN/ UMNO, kita dipaksa berhadapan dengan banyak dakwaan palsu. Ingin ditekankan di sini, tidak sesiapa pun boleh mempersoalkan hak hak untuk Melayu , Islam dan Raja Melayu yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan menerusi tindakan tindakan yang mereka lakukan  selama ini.

Kerajaan mesti bertindak tegas untuk memastikan bahawa kedaulatan Perlembagaan dilindungi, hak-hak yang termaktub dilindungi, demi mengekalkan keharmonian diantara kaum dalam negara ini.

Tindakan yang lemah akan mengakibatkan rakyat akan bertindak sendirian dan dimasa ini rakyat tidak akan mempedulikan apa juga halangan halangan yang bakal dihadapi bagi memastikan kedaulatan negara ini dibela setelah dilihat kerajaan tidak mampu lagi mempertahankannya.

Justeru itu, ketegasan kerajaan amat dituntut untuk melindungi dan memastikan tiada lagi hinaan hinaan yang dibuat oleh parti yang amat rasis , kejam, zalim serta bersifat diktator mempermainkan serta menghina hak kaum Melayu , Islam serta Raja melayu berterusan.

Amat jelas dan nyata pemimpin Pakatan Harapan tidak pernah sama sekali  mendaulatkan perlembagaan yang sedia ada  atau adakah mereka dengan sengaja melakukannya untuk menimbulkan huru hara dalam negara ini.

Bercakap mengenai perlembagaan , sesabuah organisasi adalah tertakluk kepada perlembagaan yang telah diputuskan dan menjadi garis panduan kepada ahli ahlinya untuk mematuhi segalam yang dilarang dan perkara yang boleh dilakukan tanpa  melanggar peraturan serta undang undang dalam sesabuah negara.

Perlembagan bertulis merupakan perlembagaan yang telah dikodifikasi atau diluluskan badan bertanggungjawab dalam satu dokumen. Daripada dokumen ini, undang-undang lain diluluskan atau amalan-amalan berperlembagaan (constitutional practices and conventions) dilahirkan.

  • PRU14.tv

 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*