Rakyat Sudah Mula Hilang Sabar Dengan Mahathir

Share This:

Kongres Rakyat 2016 yang dianjurkan di Shah Alam Convention Center semalam menampakkan betapa terdesaknya Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk merayu sokongan dari para pentaksubnya dan juga rakyat Malaysia. Malah, mereka sanggup berkongsi pentas yang sama dengan para pemimpin pembangkang, pemimpin yang sama dimusuhi mereka satu ketika dahulu.

Dengan pelbagai ucapan penuh pembohongan oleh senarai mereka yang dijadualkan untuk memberi ucapan terhadap kira-kira 300 orang hadirin, kesemua isu-isu lapuk yang sudah dijawab oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib menerusi media massa, media cetak dan media alternatif sejak isu-isu berkenaan mula dibangkitkan oleh Tun M sejak tahun 2014.

download (9)

Seolah-olah enggan menerima kenyataan, baik Tun M, Muhyiddin dan Mukhriz serta kesemua pemimpin pembangkang, terus memainkan isu yang sama hanya semata-mata mahu hadirin yang hadir mengikut jejak mereka yang jelas dibutakan hati dan mata mereka untuk melihat kebenaran.

Lebih menjijikkan, Tun M dan kesemua pemimpin yang hadir, sekali lagi menjual “nama” rakyat kononnya, merekalah wakil kepada suara rakyat secara keseluruhannya yang mahu melihat Datuk Seri Mohd Najib meletakkan jawatan. Sejak bila 27 juta orang rakyat Malaysia melantik mereka menjadi wakil untuk merubah kerajaan yang ada pada ketika ini?

Sesuatu yang menarik untuk diperkatakan, ketika penulis menemubual kira-kira 20 orang secara rambang di sekitar Kuala Lumpur semalam, 16 daripada 20 orang yang ditemui jelas sudah muak dengan semua retorik yang dimainkan oleh Tun M. Jelas mereka, benar, satu ketika dahulu memang mereka menyokong gerakan yang dilakukan oleh Tun M, namun kini, mereka semakin jelak dengan cara berpolitik sebegini.

images (14)

Ada diantaranya menyifatkan, Tun M sudah terlalu tua untuk terus berpolitik. Apa yang mereka mahu lihat hari ini adalah pembangunan berterusan. Mereka juga menegaskan, jika benar Datuk Seri Mohd Najib melakukan kesalahan, sudah pasti beliau kini sudah berada di mahkamah untuk membela diri.

Mereka juga menegaskan, cukup terkilan dengan sikap Tun M dan kuncu-kuncunya yang lain mempertikaikan ketelusan pihak SPRM, PDRM, Peguam Negara dan Bank Negara dalam menyiasat sebarang isu salah laku yang membabitkan Datuk Seri Mohd Najib. Jelas mereka, tindakan Tun M dan pengikutnya ini seolah-olah menidakkan undang-undang yang diamalkan di negara ini.

Jika inipun Tun M dan kuncu-kuncunya gagal hormati, bagaimana rakyat mahu memperakui apa yang beliau dakwa dan tuduh? Ini adalah bukti dimana Tun M sendiri telah mencipta satu gelombang kebencian terhadap dirinya sendiri. Bagi Tun M, tunduk dan akur kepada pembangkang untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib adalah politik matang. Hakikatnya, ianya telah mencemarkan maruah beliau yang satu ketika dahulu, cukup dihormati.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*