Tak Pasal-Pasal, Ku Li Jadi Mangsa Dakwaan Terbaru Dr Mahathir

Share This:

Satu demi satu mereka yang menyuarakan sokongan secara nyata kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian menentang Deklarasi Rakyat yang dibawa oleh Tun Dr Mahathir Mohamad diselar dan dikutuk bekas Perdana Menteri itu di depan media.

Terbaru, bekas calon yang menentang beliau untuk jawatan Presiden UMNO Tengku Razaleigh Hamzah menjadi mangsa serangan dan tuduhan bertalu-talu Dr Mahathir di depan media.

Semalam, beliau membuat beberapa dakwaan yang bersifat serius terhadap bekas Menteri Kewangan dan Ahli Parlimen BN-Gua Musang itu.

Malah, Dr Mahathir mengaku bahawa beliau hanya mengikut arahan Tengku Razaleigh yang turut dikenali sebagai Ku Li untuk mengemukakan rancangan adakan undi tidak percaya terhadap Najib di Dewan Rakyat pada tahun lepas.

Ku Li didakwa bertemu beliau untuk bawa idea berkenaan.

Dr Mahathir berkata demikian kepada media selepas satu majlis di pejabat Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya dan mendakwa Kuli gagal mendapat sokongan untuk usul sebegitu di Parlimen.

“Dia yang cadang simgkirkan Najib sekarang dia yang sokong Perdana Menteri.

“Dia tidak berbuat apa,dia cuma minta orang lain buat untuknya.Dia arah saya untuk jumpa orang Sarawak,dan saya buat, saya ikut arahan,”dakwanya lagi.

Nampaknya, Dr Mahathir yang biasanya tegas dan tidak akan mudah menuruti arahan orang lain kini sudah mengaku pandai ikut arahan yang datang dari bekas musuh politiknya pula.

Beliau juga dakwa Ku Li sudah banyak mengkhianatinya. Dia turut mengungkit isu parti UMNO diharamkan selepas Ku Li kalah dalam pemilihan UMNO pada tahun 1987 dan saman parti, Dr Mahathir berkata beliau banyak masa bangunkan balik parti sedangkan Ku Li buka parti baru.

“Apa yang anda dapat harapkan dari orang macam ini,”katanya.

Nampaknya, Dr Mahathir betul-betul sudah kelihatan seperti orang yang sudah begitu lanjut usianya kerana biasanya orang-orang tua sahaja bila ada yang enggan mendengar katanya akan bercakap perkara yang bukan-bukan dan menyalahkan orang lain itu dan ini.

– PRU14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*