Jawab Dakwaan Dalam Siasatan Bukan Ajak Minum Kopi

Share This:

Sebagai seorang Ketua Menteri, Lim Guan Eng sepatutnya segera meminta agensi pihak berkuasa berkaitan untuk memulakan siasatan segera ke atas dakwaan yang dibuat terhadapnya berkaitan pembelian sebuah banglo di Georgetown.

Langkah beliau mengajak Ahli Parlimen Tasek Gelugor dari Barisan Nasional (BN) Datuk Shabudin Yahaya untuk datang ke pejabatnya di bangunan Komtar dan diminta membuktikan kebenaran dakwaan itu di hadapan para media.

Selepas itu, Shabudin tidak datang, terus Guan Eng buat kesimpulan bahawa Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang itu membohong akan dakwaannya dan membuat keputusan bahawa itu tidak benar.

Sebagai orang yang membuat dakwaan, pastinya Shabudin tahu pelawaan Guan Eng ke Komtar itu hanya dibuat untuk memalukan dirinya di hadapan media biarpun ajakan itu kononnya mahu minum kopi bersama. Untuk apa dijemput sekali para media untuk berbincang perkara itu di depan media.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika diasak dengan tuduhan memasukkan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi dari syarikat 1MDB, tidak pun mengajak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Clare Rewcastle Brown untuk minum kopi.

Sebagai pemimpin yang penuh integriti, Najib terus mengarahkan sendiri siasatan dijalankan. Kalau Najib ajak pun, pastinya Dr Mahathir dan individu yang membuat dakwaan itu tidak akan hadir.

Banyak pihak nampak bahawa tindakan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP akhirnya memalukan dirinya sendiri apabila minum kopi berseorangan sambil diperhatikan media.

Jika seseorang itu tidak mahu hadir dan kita beriya-iya menyediakan tempat siap ditanda nama, nampak benar niat seseorang itu hanya mahu memalukan individu yang tidak hadir.

Najib juga enggan melayan desakan pembangkang untuk menjawab dakwaan berkaitan 1MDB dan RM2.6 bilion di Dewan Rakyat kerana beliau tahu, kenyataannya hanya akan diputarbelitkan dan dimalukan oleh pembangkang.

Bagaimanapun di depan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Najib memberi keterangan dan kerjasama penuh selama lebih enam jam ketika pasukan siasatan kes berkenaan datang ke pejabatnya di Putrajaya untuk direkod keterangannya.

– PRU14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*