Guan Eng Patut Jawab Dakwaan Di Parlimen – Reezal Merican

Share This:

Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican semalam menganggap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sepatutnya menjawab dakwaan pembelian rumah banglonya di Dewan Rakyat bukannya di bangunan Komtar bersemuka dengan Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabuddin Yahaya, esok.

Beliau berkata, Guan Eng wajar membuat penjelasan secara ‘gentleman’ di Parlimen kerana minggu depan ada sesi penggulungan dan ketika itu beliau boleh mencelah dan memberi penjelasan berhubung isu itu.

“Saya hairan kenapa Lim mahu mencabar Shabuddin pada Ahad ini (esok), yang sepatutnya beliau (Lim) patut memberi penjelasan di Parlimen yang akan bersidang Isnin ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno cawangan-cawangan Bahagian Marang di Marang, semalam.

Tambahan pula, Shabudin membangkitkan isu itu ketika dalam sidang Dewan Rakyat ketika sesi perbahasan Titah Diraja kepada tiga kementerian iaitu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri.

“Pada hari itu (Isnin), ada menteri-menteri yang akan melakukan penggulungan dan Lim boleh mencelah untuk membuat pengakuan dan penjelasan. Jadi saya nampak untuk mencabar Shabuddin tampil bersemuka di Komtar, Ahad ini adalah satu tindakan sama sekali takut pada bayang-bayang sendiri,” katanya.

Lim dikatakan telah membeli sebuah banglo di Georgetown dengan harga jauh lebih rendah dari harga semasa pada tahun lepas.

Beliau hanya membayar RM2.8 juta untuk rumah berkenaan padahal harga semasanya ialah RM6.5 juta.

Rumah itu dibeli oleh pemilik asal pada harga RM2.5 juta beberapa tahun lalu.

Terdapat khabar angin bahawa ada unsur salah guna kuasa Guan Eng dalam pembelian rumah itu. Biarlah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat perkara berkenaan.

– PRU14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*