Zainal Abidin Bidas Tindakan Guan Eng Mahu Bersemuka Dengannya

Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mahu berdepan dengan Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Seri Zainal Abidin Osman pada Ahad ini 20 Mac di pejabatnya di Bangunan Komtar diselar oleh Zainal Abidin dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata sepatutnya sebagai Ketua Menteri, beliau sepatutnya segera meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan ke atas dakwaan berkenaan.

“Lim Guan Eng tidak sepatutnya mencabar Ahli Parlimen Tasek Gelugor untuk bersemuka dengan beliau di Komtar pada Ahad ini untuk membuktikan apa yang diucapkan di Parlimen semalam.

“Setelah tujuh tahun menjadi Ketua Menteri, Guan Eng sepatutnya sudah lama menggugurkan budaya politik jalanan yang menjadi amalannya sebelum menjadi Ketua Menteri.

“Sebaliknya, Guan Eng sepatutnya menggesa SPRM dan polis segera menyiasat dengan teliti segala laporan dan dakwaan yang dibuat terhadapnya untuk membersihkan namanya dari sebarang tuduhan salah laku dan rasuah,” katanya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang.

Menurut Zainal Abidin, laporan kepada SPRM berkenaan banglo berkenaan sudah dibuat sejak tahun 2009 lagi.

Guan Eng hari ini menyatakan bahawa pembelian banglo oleh beliau daripada ahli perniagaan tersebut dibuat secara sah, “bebas dan rela hati”, pada harga yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak, ‘willing buyer willing seller’ tanpa sebarang paksaan atau tekanan.

Lim Guan Eng dalam kenyataannya hari ini mendakwa pembelian banglo oleh beliau daripada ahli perniagaan tersebut dibuat secara sah, “bebas dan rela hati”, pada harga yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak; ‘willing buyer willing seller’ tanpa sebarang paksaan atau tekanan.

Oleh itu, Zainal Abidin menggesa pihak berwajib untuk melakukan siasatan yang teliti ke atas laporan yang telah dibuat dan mengambil tindakan selanjutnya jika didapati ada bukti salah laku atau penyalahgunaan kuasa dalam pembelian banglo berkenaan di Jalan Pinhorn, Georgetown itu.

Hari ini, pelbagai pihak dan badan bukan kerajaan (NGO) sudah membuat laporan polis berkaitan pendedahan berkenaan meminta siasatan terperinci dilakukan.

Jelas cara Guan Eng berbeza dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang segera mengarahkan agensi bertanggungjawab menyiasat segala dakwaan yang ditujukan kepada dirinya daripada mahu bertemu dengan setiap orang yang membuat tuduhan di pejabatntya berbincang.

Siasatan kemudian dijalankan secara telus dan terperinci sehingga beliau didapati tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah dalam isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang sumbangan derma RM2.6 bilion.

– PRU14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*