MT UMNO Dijangka Sebulat Suara Mahu Muhyiddin Digantung

Share This:

Sekali lagi seluruh perhatian akan disasarkan ke PWTC apabila Ahli Majlis Tertinggi mengadakan mesyuarat pada petang ini. Dijangkakan, banyak perkara akan dibincangkan termasuk isu yang membabitkan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yasin, yang begitu hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini.

Menurut sumber dalaman Majlis Tertinggi, ketika dihubungi sebentar tadi, Tan Sri Muhyiddin dijangka tidak akan hadir pada mesyuarat kali ini. Ketidak hadiran beliau walau bagaimanapun tidak diketahui kerana sehingga saat-saat akhir sebelum mesyuarat dilansungkan, beliau tidak memberikan apa-apa alasan berhubung ketidak hadirannya.

images (14)

Menariknya, menurut sumber ini lagi, usul mengenai penggantungan jawatan Muhyiddin didalam UMNO mungkin bakal diputuskan pada mesyuarat kali ini. Dijangkakan, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz akan mengemukakan usul berkenaan dan dijangka, usul berkenaan tidak akan dibantah oleh mana-mana Ahli Majlis Tertinggi.

Ini menjadikan, semua Ahli Majlis Tertinggi UMNO akan sebulat suara bersetuju dengan usul penggantungan ini. Ditambah pula dengan ketidak hadiran Muhyiddin, pastinya tiada bangkangan berhubung isu ini.

Namun begitu, sebarang kata putus berhubung banyak isu akan diketahui sekitar jam 6 petang nanti sewaktu Presiden UMNO mengadakan sidang akhbar petang nanti.

images (13)

Berita lanjut menyusul

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*