Ustaz Kazim Selamat Jalani Dua Prosedur Angiogram Dan Kini Stabil

Share This:

Pendakwah popular Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias dikhabarkan telah selaman menjalani dua prosedur angiogram petang semalam dan kini berada dalam keadaan stabil.

Abang beliau. Datuk Mohd Najmuddin berkata adiknya, Ustaz Kazim selaman menjalani prosedur berkenaan pada pukul 5 petang di Pusat Perubatan KPJ di Ipoh, Perak.

“Beliau kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) tetapi sehingga pagi tadi ketika saya melawatnya, Kazim sudah boleh bercakap dan makan.

“Cuma beliau masih terlalu lemah malah mengalami sedikit demam namun doktor berpuas hati dengan perkembangan kesihatan adik saya itu,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Dua rawatan itu katanya melibatkan dua saluran jantung (arteri) yang tersumbat sebanyak 90 dan 50 peratus. Sebelum ini, Ustaz Kazim sudah pun menjalani prosedur sama untuk saluran arteri yang tersumbat 99 peratus.

“Adik saya benar-benar memerlukan tempoh rawatan dan pemulihan yang agak lama bagi memastikan beliau benar-benar kembali sihat dan berharap seluruh peminat dan umat Islam mendoakan beliau,” kata Najmuddin.

Semalam, beliau kembali memuatnaik status baru di laman sosial Facebook dengan memohon maaf kepada semua pihak khususnya keluarga dan sahabat serta menceritakan pengalaman diserang penyakit jantung dan juga betapa beliau terasa agak penat.

Kazim25Feb2016

“Semalam (kelmarin) sekitar jam 1 petang saya sangat tidak selesa, penat sangat-sangat dada pedih berdebar dengan kuat.

“Sampai saat ini saya masih tidak boleh bercakap dengan baik, tersekat dan mudah penat bila bercakap,” katanya.

– PRU14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*