Setahun Anwar Meliwat Pun Diraikan…

Share This:

Sambutan 40 tahun penglibatan Datuk Seri Mohd Najib dalam bidang politik, terus hangat diperkatakan. Kemana sahaja beliau pergi, pastinya ada Majlis bacaan Yassin dan Tahlil yang dianjurkan oleh beberapa pihak. Ianya dilihat sebagai signifikan terhadap karier panjang beliau dalam mendaki satu per satu anak tangga bagi mencapai kedudukan beliau sekarang.

Namun begitu, ada juga cakap-cakap belakang yang mendakwa, Datuk Seri Mohd Najib sengaja mahu mencari populariti murahan dengan menyambut hari ke 40 tahun penglibatan beliau didalam politik. Ada yang mengatakan, majlis seumpama ini sebagai membazir dan hanya semata-mata mahu menaikkan semula rating beliau yang kononnya jatuh mendadak.

images (13)

Namun berapa ramai yang sedar, ada dikalangan para pentaksub bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup berkumpul di hadapan penjara Sungai Buloh bagi memperingati setahun beliau dijatuhkan hukuman kerana meliwat? Adakah itu tidak dilabelkan sebagai mencari publisiti murahan?

Jika seorang banduan peliwat seumpama Anwar ini diraikan pentaksubnya, dimanakah salahnya meraikan penglibatan seorang perdana Menteri yang menceburkan dirinya dalam kancah politik tanahair? Adakah ini salah pada pandangan para penentang kerajaan?

Tambahan pula, majlis sambutan ini disambut dengan cara sederhana dan berlandaskan hukum hakam Islam seperti membaca Yasin, solat berjemaah, solat hajat dan bertahlil. Jika ini dikatakan menunjukkan lagak dan ego, bagaimana pula sambutan ulang tahun kelahiran Tun M yang dilihat begitu gah sehingga menelan belanja sebanyak RM 7.5 juta? adakah ini paling sederhana bagi pembenci Perdana Menteri?

download (4)

Usah terlalu mudah melakukan andaian kuno sebegini. Sambutan ini hanyalah bertujuan memperingati semula susur galur perjuangan yang dilalui oleh Datuk Seri Mohd Najib sepanjang berkecimpung dalam arena politik.Jika masih ada yang mempertikai, pertikaikanlah kenapa masih ada anak Melayu yang cukup mengagungkan peliwat sehingga ulangtahun beliau dipenjarakan pun disambut besar-besaran.

Malah, ulangtahun kelahiran bekas Perdana Menteri juga disambut begitu gah sehingga dikatakan sebagai majlis hari jadi terbesar di Malaysia. Datuk Seri Mohd Najib hanya sekadar mahu mengajak rakyat merasai perjuangan beliau selama 40 tahun dalam bidang politik. Bukan untuk membesar-besarkan diri ataupun membangga diri. Fahami erti berkenaan sebelum menjatuhkan hukum.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*