Pengguna Whatsapp Cecah 1 Bilion – Mark Zuckerberg

Aplikasi Whatsapp bukan setakat sebagai digunakan untuk borak digital tetapi ia juga merupakan cara komunikasi di dalam pekerjaan, urusan rasmi kerajaan dan antara yang paling hangat ialah untuk perbualan berkaitan politik.

Tidak hairanlah jumlah mereka yang kini aktif menggunakan Whatsapp sudahpun mencecah 1 bilion orang.

Pengasas Facebook Mark Zuckerberg yang kini sudah memiliki aplikasi itu berkata jumlah pengguna Whatsapp meningkat dua kali ganda sejak Facebook membeli perkhidmatan berkenaan dengan harga AS$19 bilion (RM79.25 bilion) pada 2014.

“Satu bilion orang kini menggunakan WhatsApp.

“Hanya ada beberapa perkhidmatan yang menghubungkan lebih dari satu bilion orang,” katanya dalam satu kenyataannya di laman Facebooknya.

020216Whatsapp

Kira-kira seorang dalam tujug orang di bumi ini menggunakan aplikasi Whatsapp setiap bulan dan berhubung dengan insan tersayang, rakan-rakan dan keluarga mereka.

Selepas membeli Whatsapp, Facebook menjadikan kos untuk menggunakan perkhidmatan itu sebagai percuma.

Menurut Zuckerberg, langkah seterusnya adalah menjadikan ia lebih mudah menggunakan perkhidmatan itu untuk berhubung dalam konteks perniagaan.

Di Malaysia sahaja, banyak berita penting dan maklumat yang kritikal khususnya berkaitan jenayah dan kehilangan orang berjaya diselesaikan hasil sesuatu maklumat menjadi viral kerana dikongsi secara terus menerus melalui aplikasi berkenaan.

Dalam ratusan aplikasi di dalam telefon pintar, Whatsapp lah mungkin aplikasi yang paling kerap dibuka dan digunakan oleh orang ramai.

Pertalian antara keluarga juga sentiasa erat dan berhubungan apabila terdapatnya kemudahan berbual secara kumpulan tidak melebih 100 nombor di dalam Whatsapp Group.

– PRU14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *