Pertuduhan 302B Kerana Mempertahankan Diri Menjadi Viral

12459747_1666990263551681_2067658428_n

Hari ini telah menjadi viral di laman-laman sosial, bagaimana nasib yang menimpa seorang peniaga kedai makan di Kerteh, Terengganu yang kini berhadapan dengan hukuman gantung sampai mati berikutan tindakan beliau yang menikam seorang penceroboh di rumahnya disini.

Apa yang disesalkan, tindakan beberapa individu yang mempertikaikan pertuduhan dan hukuman yang dihadapi oleh Zulkifli, 50 tahun ini. Menurut fakta kes, beliau dilaporkan secara tidak sengaja telah menikam salah seorang dari penceroboh yang ingin menceroboh rumah beliau di Kerteh, tiga minggu lalu.

Namun malangnya, mangsa yang ditikam itu meninggal dunia dan beliau telah ditahan reman selama dua minggu berikutan kematian mangsa ini. Kelmarin, Zulkifli dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh dan beliau kini berhadapan dengan seksyen 302B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Kes ini akan disebut semula pada pertengahan bulan Januari nanti.

Apa yang menariknya disini, nasib yang yang menimpa Zulkifli ini pantas menjadi viral di hampir semua sosial media. Kebanyakan status mereka samada di Facebook mahupun di Blog memaparkan betapa tidak adilnya pertuduhan dan hukuman yang mungkin dijatuhkan keatas beliau.

Mungkin mereka tidak memahami prosidur undang-undang yang di amalkan di negara ini. Dalam hal ini, benar Zulkifli telah secara tidak sengaja membunuh penceroboh rumahnya atas alasan mempertahankan diri dan keluarga. Namun, apabila masuk ke mahkamah, pihak pendakwaan akan memohon untuk dibicarakan mengikut seksyen yang berkaitan dan dalam kes ini nasib Zulkifli agak malang sedikit apabila dibaca mengikut seksyen 302B.

Seawal kertas siasatan dibuka, pihak polis telah menilai tempat kejadian, keterangan saksi dan suspek untuk dirumuskan untuk dibawa kemuka pengadilan. Namun begitu, ianya baru sahaja sebutan pertuduhan dan kes. Bukan menjatuhkan hukuman.

Hukuman sebenarnya boleh sahaj berubah mengikut keterangan didalam mahkamah. Zulkifli mungkin berhadapan dengan membunuh tanpa niat dan mungkin sahaja dibebaskan oleh mahkamah setelah mendapati beliau sememangnya mempertahankan diri.

Oleh itu, jangan terlalu mudah membuat andaian yang tidak sahih terhadap situasi yang berlaku. Benar, beliau berhadapan dengan seksyen 302B Kanun Keseksaan, namun, itu hanyalah fakta sandaran kes. Bukan hukuman yang memang telah beliau terima.

Harus di ingat, sebarang pembunuhan harus berhadapan dengan pendakwaan. Terpulang kepada kebijaksanaan hakim dan barisan peguam untuk menilai apa yang sebenarnya berlaku. Kita sebagai bukan pengamal undang-undang, usah terlalu cepat membuat keputusan dan andaian sehingga boleh mencetuskan rasa kurang senang rakyat terhadap amalan undang-undang yang diamalkan di negara ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *