Ezany Nizariff Malu Dengan Datin Paduka Bila Isteri Canang Cerita

Share This:

Menafikan dakwaan mengenai pendedahan isterinya, Lizda Nuryanti Abidin baru baru ini, Ezany Neizariff menyatakan dalam masa yang sama dia turut berasa malu dengan wanita yang baru dikenalinya yang dikenali sebagai Datin Paduka K.

“Jujurnya saya malu dengan dia (Datin Paduka K) kerana dia juga terkena tempias gara-gara masalah saya dan Lizda. Sedangkan kami baru kenal rapat,” jelasnya kepada mStar Online mengenai pendedahan isterinya itu.

Menurut Ezany, tindakan isterinya membuat dakwaan tersebut adalah kerana lelaki yang rapat dengan isterinya itu telah berkahwin dengan orang lain malah turut menyifatkan tindakan Lizda adalah lucu dan tidak bijak.

“Setelah lama dia menghilang, tidak hadir ke mahkamah untuk kes perbicaraan cerai nusyuz, hak penjagaan kekal anak dan hak penjagaan anak sementara, tiba-tiba dia muncul dengan kenyataan media yang kurang bijak”

“Saya tahu dia kecewa apabila lelaki harapan yang kononnya mahu bernikah dengannya meninggalkan dia dan berkahwin dengan orang lain membuatkan dia berani keluarkan kenyataan kepada media memburukkan saya pula”

“Apabila menuduh saya tidak beri nafkah dan majlis kahwin ditanggung oleh dia sepenuhnya, saya tak nampak di mana logiknya itu kerana ketika kami berkahwin, dia tiada duit. Kalau saya tak beri nafkah, macam mana dia boleh hidup senang?”

“Takkan setiap kali nak bagi nafkah, saya perlu membuat penyata gaji? Bagi saya, senang sahaja, buktikan apa yang dia katakan itu betul. Kerana saya juga ada bukti mengenai kecurangannya itu,” katanya. Apa pun, semoga apa yang terjadi di antara pasangan ini bakal diselesaikan dengan cara baik dan aman.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*