Kamal Adli Makin Banyak ‘Job’ Sejak Bercinta Dengan Emma Maembong

Share This:

Satu Malaysia dah tahu bahawa Kamal Adli dan Emma Maembong kini semakin rapat dan sedang mengenali hati budi masing-masing sebelum melangkah ke fasa percintaan seterusnya.

Bagaimanapun, sejak pelakon Jodoh Sebelah Pintu ini dikaitkan dnegan Emma, banyak kontroversi yang timbul membabitkan dirinya,

Namun, Kamal memandang perkara tersebut dari sudut yang positif dan mengakui rezekinya semakin murah sejak bercinta dengan Emma Maembong.

Sejak berkawan dengan Emma Maembong memang nama saya dihimpit kontroversi satu persatu, selain dikecam teruk di laman sosial dan digugurkan produksi dari sebuah filem.

Walaupun agak tertekan dengan perkara itu, ada hikmah lain yang saya nampak iaitu rezeki saya tidak putus-putus. Saya akui banyak tawaran yang saya terima antaranya jadi duta produk minuman Escola.
Syukurlah, rezeki tak putus-putus buat jejaka ini. Mungkin ada hikmah disebalik semua kontroversi yang melanda. Betul tak?

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*