Betty Benafe Selamat Lahir Anak Kedua

Share This:

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Betty Banafe yang telah selamat melahirkan anak keduanya seberat 3.3 kilogram pada jam 3 pagi semalam di Hospital Pakar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

Betty yang melahirkan anak secara normal itu berkongsikan berita gembira itu di laman sosial Instagramnya dengan penuh rasa syukur.

betty1

Alhamdulillah proses kelahirannya sangat mudah dan lancar. Semuanya dipermudahkan. Nampaknya, Julia anak sulung saya sudah ada teman dan adik baharu. Tarikh hari ini (15.12.2015) juga sangat cantik untuk diingati

Harapnya, mereka akan berkawan baik, menyayangi di antara satu sama lain serta menjadi anak yang soleh serta solehah, kongsi Betty. Betty berkahwin dengan Bruce Dargus pada 8 Disember 2012 dan kini anak sulungnya, Julia Claire Dargus, genap berusia dua tahun pada 1 Disember lalu.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*