Kenapa Muhyiddin Rahsiakan 73 Bilion Kerugian Zaman Mahathir

Share This:

SEMUA pihak mempertikaikan tindakan Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bertungkus lumus mencipta isu 1Malaysia Development Berhad(1MDB) dan juga derma RM2.6 Bilion walaupun sepatutnya tidak timbul sebarang isu berkaitan dengan dua perkara ini.

Kini rakyat mula mempersoalkan pula mengapa Muhyiddin merahsiakan kerugian sebanyak RM 73 bilion yang berlaku semasa Tun Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

Di bawah ini senarai RM 73 bilion tersebut :-
1. Perwaja RM 10 Bilion
2. BBMB RM 10 Bilion
3. MAS RM 20 Bilion
4. Bank Negara RM 33 Bilion

Sejak beberapa bulan yang lepas Muhyiddin begitu lantang mengkritik dan mempertikaikan pentadbiran Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak dengan berbagai-bagai tuduhan salahlaku terutamanya yang membabitkan 1 Malaysia Development Berhad(1MDB) dan juga derma RM2.6 Bilion.

Namun terbukti tuduhan tersebut langsung tidak berasas sama sekali. Kedudukan kewangan 1MDB yang sebenarnya mempunyai hutang tetapi asetnya melebihi hutang tersebut. Secara logik sebuah syarikat yang mempunyai aset melebihi hutang dianggap masih relevan. Tambahan pula projek yang dijalankan oleh 1MDB merupakan projek yang berdaya maju.

Berkenaan derma RM 2.6 bilion pula, pihak SPRM telah mengesahkan bahawa derma tersebut bukannya diterima daripada 1MDB. Malahan pihak SPRM telah menemui sendiri penderma tersebut. Dan yang paling penting Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melanggar sebarang undang-undang dan perlembagaan negara berkaitan dengan penerimaan derma tersebut.

Setiap rakyat yang waras akan dapat melihat bahawa kerugian yang ditanggung oleh empat pihak tersebut jauh lebih banyak daripada hutang yang ditanggung oleh 1MDB.

Untuk makluman, 1MDB bukan lah sebuah syarikat yang rugi. Malahan aset syarikat tersebut melebihi hutang mereka. Berlainan pula dengan empat syarikat yang dibawah pentadbiran Mahathir ini. Mereka bukan sahaja menanggung hutang yang banyak malahan mengalami kerugian yang teruk.

Empat syarikat tersebut juga telah banyak kali di “selamatkan” atau “bail out” namun hasilnya tetap sama. Apa yang kita boleh lihat kroni Mahathir yang makin kaya tetapi nasib empat syarikat tersebut tetap sama.

Oleh itu, jangan kita biarkan Muhyiddin, Mahathir dan pembangkang memperbodohkan kita dengan propaganda mereka yang mempunyai niat terselindung itu. Mereka cuba kelirukan kita dengan fakta kerugian dan hutang dengan auta yang tidak masuk akal langsung.

  • – ┬áPRU14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*