Dua Lelaki Maki Penguatkuasa Dipenjara Dan Didenda, Baru Tahu Tunduk

Share This:

Dua lelaki yang secara angkuh memaki hamun anggota Penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang menerima balasan mereka apabila dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Majistret Georgetown semalm atas kesalahan itu.

Tertuduh pertama, seorang penyelenggara penghawa dingin, Bok Kwong Shen, 25, dijatuhi hukuman penjara tiga hari dan rakannya Leong Wai Loon, 19, diperintahkan menjalani hukuman khidmat komuniti selama 150 jam.

Hukuman dijatuhkan oleh Majistret Sharifah Izura Syed Mashor.

Kedua-dua mereka berjalan keluar dari mahkamah dengan berjalan tunduk menutup muka dengan tangan berbeza sungguh dengan aksi kurang ajar mereka di dalam klip video yang menjadi viral itu.

Kalau di dalam video, salah seorang dari mereka siap mencampakkan duit RM50 kepada penguatkuasa berkenaan untuk dikutip supaya kunci tayar mereka boleh dibuka.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Peguam tertuduh Tan Guat Cheng yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon mahkamah meringankan hukuman kerana mereka telah menyesali perbuatan itu dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Beliau berkata, mereka juga ingin memohon maaf kepada dua orang anggota Penguatkuasa MBPP itu.

Tan berkata Kwong Shen yang bekerja dengan gaji RM1,500 sebulan telah dibuang kerja ekoran insiden berkenaan.

Dia dan ahli keluarganya juga telah dicemuh masyarakat dan pintu rumah mereka turut disimbah dengan cat oleh individu tidak dikenali.

Dalam mahkamah berasingan, Majistret Umma L Umma Devi pula mengenakan denda RM100 kepada Leong kerana mengeluarkan kata-kata kesat ke atas anggota berkenaan dengan niat membangkitkan kemarahan dan menganggu keharmonian di tempat kejadian.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwarajaya Azura Zulkiflee.

Pad 12 Oktober lepas, dua tertuduh itu mengaku bersalah di mahkamah atas tuduhan mengeluarkan kata-kata kesat serta menghalang tugas anggota penguatkuasa MBPP.

Mengikut pertuduhan, mereka telah menghalang tugas tiga penguatkuasa MBPP selepas tayar kenderaan Perodua Myvi mereka dikunci di Lebuh Campbell, George Town, pada jam 11.30 pagi, 7 Oktober lalu.

Biarlah hukuman ini benar-benar menginsafkan kedua-dua mereka kerana apa yang mereka lakukan seperti yang dilihat di dalam video berkenaan adalah terlalu melampau dan memalukan anggota berkenaan di khalayak ramai.

Penulis meletakkan sekali video yang menjadi viral dengan gambar mereka menundukkan muka kononnya malu selepas selesai prosiding jatuh hukum di mahkamah semalam.

– PRU14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*