Tak Mahu Orang Meluat, Shukri Yahaya Jaga Privasi Selepas Berkahwin

Mesti ramai gadis-gadis yang masih menangis dalam gembira melihat pelakon kacak Shukri Yahaya melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya, Tya Adnan minggu lepas kan?

Eleh, chill la! Kumbang bukan seekor, Zul Ariffin kan masih available. Eh!? Hehe, kami gurau je. Kalau korang nak tahu, Shukri kini lebih selesa untuk menghadkan setiap perkongsian aktivitinya di laman sosial tau!

Maksudnya, jejaka kacak ini tidak akan terlalu mempamerkan momen bahagianya bersama isteri. Tapi dah kenapa kan? Mesti ramai yang nak tahu perkembangan terbaru pasangan ini kan?

Kalau boleh, saya dan isteri tidak mahu terlalu terbuka dengan berkongsi kehidupan kami di laman sosial. Kami tidak mahu orang meluat dengan kelakuan kami.

syaya1

Sewaktu masih belum berkahwin orang boleh mengata macam-macam. Apatah lagi apabila sudah bergelar pasangan yang sah. Orang akan terus bercakap mengenai kita.
Ada benarnya juga apa yang dikatakan oleh Shukri ini. Iyalah, apabila bergelar selebriti ni, semua perbuatan akan menjadi perhatian orang ramai.

Kalau korang nak tahu, Shukri dan Tya tiada perancangan untuk berbulan madu. Tetapi, Shukri merancang untuk membawa isterinya mengerjakan umrah tahun hadapan.

Apapun, kami  mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Shukri dan Tya. Cepat-cepat dapat baby ya!

Sumber: Kosmo!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *