Siri 9 : 1000 Wajah Sebenar Mahathir – Skandal Kewangan BMF Dan BNM

Diawal pentadbiran Tun M, Malaysia sebenarnya dalam proses untk keluar dari zaman kemelesetan ekonomi yang cukup mencengkam dunia. Tidak banyak berita yang melaporkan kemelesetan ini tetapi zaman gelap negara bermula pada tahun 1980 sehingga lewat 1989 dimana sepanjang tempoh ini, terlalu banyak yang dicadangkan dan diusahakan, tetapi menemui kegagalan secara mutlak

Banyak usaha dilakukan untuk merancakkan ekonomi negara dizaman kemelesetan dan kadar inflasi serta penggurang yang cukup tinggi pada waktu berkenaan. Antaranya adalah skandal kewangan besar yang pertama di Malaysia meletus pada 1983 apabila Bumiputra Malaysia Finance (BMF), sebuah anak syarikat Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB) memberi pinjaman RM2.5 bilion kepada syarikat-syarikat yang mempunyai rekod prestasi samar-samar, termasuk Carrian Group yang berpangkalan di Hong Kong.

download (3)

Skandal itu berlarutan dengan pembunuhan seorang pembantu pengurus yang dihantar ke Hong Kong untuk menyiasat transaksi, kebankrapan Carrian Group, dan akhirnya kerajaan Malaysia mengepam lebih banyak wang untuk menyelamatkan BBMB daripada ditutup. Tun M pada masa itu berulang kali cuba menjarakkan diri daripada skandal tersebut, merujuk ia sebagai urusan bank yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kerajaan.

Kerugian yang ditanggung dalam kemelut itu, termasuk suntikan modal berulang oleh kerajaan, dianggarkan sekitar RM10 bilion. Pada masa itu, BBMB merupakan bank terbesar di Asia Tenggara dan keruntuhan Carrian adalah kebankrapan terbesar Hong Kong. Skandal itu berlaku hanya 2 tahun selepas Dr Mahathir menerajui kerajaan, pada masa beliau bersungguh-sungguh mengejar industrialisasi Malaysia.

Satu Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan, tetapi walaupun apa pun cadangannya, tidak ada yang didakwa di Malaysia berhubung skandal itu. Segelintir eksekutif didakwa di Hong Kong manakala Pengerusi BMF, Lorrain Esme Osman hidup dalam buangan di London sehingga kematiannya pada 2011. Ironinya, skandal berkenaan kekal menghantui BBMB walaupun kini sudah menukar namanya kepada CIMB.

images (14)

Sehingga kini, selain menanggung hutan lapok yang mencecah RM 10 bilion dan mungkin lebih, CIMB juga menangung hutang hampir RM 398 bilion yang langsung tidak pernah didedah dan diumumkan kepada orang ramai. Hutang ini sebenarnya jauh lebih tinggi daripada apa yang ditanggung oleh 1MDB yang menjadi peluru kepada Tun M untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib.

Begitu juga dengan skandal pertukaran wang asing yang melibatkan Bank Negara Malaysia pada tahun 1993. Pada tahun berkenaan, Bank Negara mula berkecimpung dalam perdagangan matawang spekulatif dan perdagangan pertukaran asing dengan jumlah yang cukup besar, membimbangkan institusi perbankan lain di seluruh dunia.

Namun demikian, untung yang diharap tetapi kerugian yang ditanggung. Pada masa inilah nama George Soros mula-mula diperkatakan kerana Soroslah individu yang dituduh menyebabbkan Bank Negara kehilangan hampir RM30 bilion antara 1991 dan 1994, sebelum di istytiharkan muflis daripada segi teknikal dan terpaksa diselamatkan oleh Kementerian Kewangan.

download (4)

Tiada seorang pun daripada eksekutif tertinggi dalam Bank Negara pada ketika itu dituduh kerana aktiviti-aktiviti perdagangan itu kerana kerajaan semasa pentadbiran Tun M telah menyerap kerugian ini sepenuhnya. Selepas daripada insiden ini, Bank Negara Malaysia tidak lagi menceburi apa-apa perniagaan berisiko tinggi untuk mengelakkan ia berulang.

Ini adalah sekelumit kisah bagaimana keputusan pelaburan dan perniagaan yang dilakukan oleh Tun M banyak yang tewas dan mengalami kerugian lebih daripada RM 40 bilion Ringgit. Benar, beliau berusaha memajukan Malaysia dengan caranya, tetapi andai RM 40 bilion berkenaan tidak dilaburkan dan hilang begitu sahaja, Malaysia sebenarnya sudah jauh lebih maju dari apa yang kita alami sekarang.

Paling mendukacitakan, tiada langsung sebarang rasa bersalah Tun M terhadap kerugian berbilion-bilion Ringgit ini. Beliau beruntung kerana pada pentadbiran beliau, kemudahan media tidak secanggih dan sehebat kini dimana beliau masih boleh menyembunyikan skandal-skandal kewangannya sehingga hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *