Sultanah Nur Zahirah Lawat Pesona Terengganu 2015

Share This:

Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah hari ini berkenan melawat  pameran di program Pesona Terengganu yang diadakan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

Keberangkatan tiba baginda, yang diiringi Menteri Besar Terengganu Dato ‘ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri Toh Puan Halina Zakaria, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Osman Muda, wakil-wakil rakyat, pegawai-pegawai kerajaan dan petugas booth-booth pameran.

IMG-20151029-WA0036

Antara acara yang dilawati baginda iaiah Trade Show, Consumer Show di Dataran Merdeka dan Terengganu Kitchen di Dataran DBKL.

Karnival Pesona Terengganu berlangsung bermula hari ini sehingga 2 November 2015 yang mempromosikan pelbagai tarikan termasuk destinasi pelancongan di negeri ini dan memperkenal produk-produk usahawan tempatan untuk pasaran dalam dan luar negara.

  • Terengganu Times

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*