Syarat Masuk Ke Universiti Hamburger McDonald’s Lebih Ketat Dari Oxford

Share This:

Bukan sahaja mempunyai begitu banyak premis restoran makanan segera di seluruh dunia, McDonald’s turut mempunyai satu universiti dengan nama Universiti Hamburger McDonald’s.

Ia ada di tujuh lokasi di seluruh dunia.

Pusat pengajian ini dimiliki oleh syarikat makanan segera terkenal dunia itu dan ia berfungsi untuk melahirkan graduan yang berkelayakan dan berpengatahuan mengenai prosedur operasi syarikat berkenaan.

Universiti berkenaan meletakkan syarat kemasukan yang sangat ketat dalam pemilihan pelajar dan secara purata, hanya lapan pelajar sahaja akan diterima dalam setiap 1,000 permohonan.

Ia lebih ketat dari syarat kemasukan universiti terbuka di dunia yang dikenali seperti Universiti Oxford dan Cambridge.

Di situ, pelajar akan didedahkan dengan kemahiran dan ilmu pembangunan kepimpinan dan perniagaan, selain cara-cara menguruskan operasi syarikat.

Satu daripada kampus pengajiannya ada di Illinois, Amerika Syarikat yang mempunyai 16 orang profesor yang bertugas sepenuh masa dan mengajar dalam 28 bahasa berbeza.

Ia ada 17 kelas, tiga makmal dapur, dan sebuah dewan kuliah yang boleh memuatkan 300 orang pelajar dalam satu-satu masa.

Yang menariknya, tempoh pengajian di universiti itu hanyalah seminggu dan mereka yang lulus akan dianugerahkan dengan diploma.

Tujuh kampus universiti ini adalah di Tokyo, London, Illinois, Sydney, Munich, Sao Paulo, dan Shanghai.

1106_mz_22compmcdonald1

Setakat ini, ia telah melahirkan lebih 200,000 graduan sejak mula beroperasi pada tahun 1961.

– PRU14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*