Himpunan Baju Merah Dan Kuning Jimat Berbilion Ringgit

Share This:

Tahukah anda? demonstrasi himpunan Baju Kuning (BERSIH4) dan himpunan Baju Merah (Rakyat Bersatu) dikatakan telah menjimatkan berbilion ringgit wang untuk pengiklanan mempromosikan Malaysia.

Begitulah kata, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz yang menyatakan pandangannya yang agak berbeza mengenai kedua-dua perhimpunan berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat pagi tadi. Demonstrasi itu telah disiarkan ke pelbagai media antarabangsa antaranya CNN, Aljazeera dan BBC telah menjimatkan perbelanjaan negara.

“Kita mendapat iklan yang bernilai berbilion. Ini menunjukkan Malaysa mengamal demokrasi walaupun ( BERSIH kritik) Perdana Menteri,” katanya.

Menurutnya dari satu segi lain ia mengambarkan Malaysia amal demokrasi. Namun, katanya pembangkang tidak boleh marah bila Baju Merah yang sokong kerajaan adakan demonstrasi.

Menteri itu juga kata jumlah kemasukan pelancong juga tidak terjejas waktu demonstrasi itu diadakan.

Beliau menjelaskan kerana bagi pelancong dari negara Barat khususnya mereka sudah biasa dengan demonstrasi kerana ia diadakan setiap hari di negara mereka.

Nazri menjawab soalan tambahan dari Ahli Parlimen BN-Simpang Remggam, Liang Teck Meng yang ingin tahu sama ada demonstrasi yang diadakan di Malaysia menjejaskan kedatangan pelancongan di Malaysia.

Kepada soalan tambahan dari Ahli Parlimen DAP Seremban,Anthony Loke Menteri itu kata kementeriannya sedia timbang untuk jadikan penyanyi Shila Hamzah sebagai Duta Pelancongan Malaysia di China kerana beliau popular di sana.

– PRU14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*