S4S Bakal Bertanding Pada Pilihanraya Negeri Sarawak Tahun Hadapan?

Share This:

Gerakan kemerdekaan Sarawak yang dikenali sebagai Sarawak for Sarawakians (S4S) dilihat semakin menular dikalangan anak muda di setiap bahagian di negeri Sarawak. Gerakan ini mendokong idealogi yang menuntut Sarawak merdeka sepenuhnya daripada Semenanjung dimana pengasas gerakan ini dipercayai berselindung disebalik agenda luar DAP di Sarawak.

Setelah sekian lama bergerak secara bersembunyi, pada awal tahun ini, gerakan ini akhirnya mendedahkan diri mereka kepada umum dengan banyak mempertikaikan isi kandungan Perjanjian 18 Perkara penyertaan Sarawak kedalam Persekutuan Malaysia.

images (19)

Mereka dilihat begitu aktif memutar belitkan beberapa isi kandungan perjanjian berkenaan sehingga ada diantara rakyat negeri ini terpengaruh dengan dakyah yang mereka sebarkan. Walaupun terdapat usaha untuk mengekang idealogi ini, namun mereka begitu licik menyembunyikan identiti mereka disebalik pengaruh politik yang kuat oleh DAP Sarawak.

Terkini, terdapat ura-ura mengatakan mereka akan bertanding pada setiap kerusi DUN yang dipertandingkan di negeri Sarawak pada Pilihanraya Negeri yang dijangka diadakan pada awal tahun hadapan. Mengejutkan, gerakan yang dimulakan dari gerakan menuntut kemerdekaan kini mereka beralih kepada gerakan politik bagi menentang parti pemerintah hari ini, Parti Bangsa Bersatu Sarawak (PBB).

Menariknya, dari mana mereka memperolehi dana untuk menyertai pilihanraya memandangkan pergerakan mereka bukanlah berdiri diatas mana-mana NGO ataupun parti politik. Gerakan yang selama ini disifatkan sebagai “underground” kini dilihat beriya-iya mahu menyertai kancah politik Sarawak.

images (20)

Ada dakwaan mengatakan setiap calon mereka akan ditaja oleh parti politik pembangkang di Sarawak dan ini memungkinkan keadaan politik di Sarawak bakal diganggu gugat oleh pihak yang ekstrim terhadap kemerdekaan sendiri neger Sarawak.

Oleh yang demikian, seperti gerakan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) yang di asaskan oleh Doris Lee Jones di Sabah, pihak berkuasa perlu memantau gerakan ini dengan lebih teliti agar keharmonian yang dipupuk antara Sarawak dan Semenanjung Malaysia kekal terpelihara daripada ancaman kemerdekaan seperti ini.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*