Penggunaan Semula Sistem Barter Di Era Moden

Share This:

Suatu ketika dahulu, sistem barter diamalkan hampir seluruh penduduk dunia dengan Melaka menjadi perintis kepada sistem pertukaran barang ini di Asia Tenggara. Tidak diketahui siapa yang mengasaskan sistem berkenaan namun sistem ini amat popular pada zaman dahulu sebelum penciptaan wang menggantikan sistem ini.

Setelah beberapa kurun berlalu, tahun ini mencatatkan satu lagi sejarah dimana sistem ini kembali diamalkan dan lebih mengejutkan, sistem ini diamalkan kembali di Eropah, benua yang dikenali sebagai benua termaju dalam dunia.

images (33)

Setelah dibebani dengan hutang negara yang hampir menjerumuskan Greece ke kancah kebankrapan, penduduk Greece hari ini kembali kepada sistem awal ekonomi dimana mereka memilih untuk mengamalkan semula sistem barter bagi mengisi keperluan harian mereka.

Bayangkan, karya seni ditukarkan kepada minyak zaitun dan daging ditukar dengan sebuah lori kecil. Inilah yang berlaku pada Greece hari ini dimana kebanyakan rakyatnya hari ini lebih rela mengamalkan sistem ini berikutan kepayahan mendapatkan wang di Greece.

Tidak percaya? Di Greece hari ini, terdapat lebih 6,000 orang pengguna baru dikesan mula melanggani laman barter atas talian, Tradenow sejak kawalan modal dikenakan pada Jun lalu.

download

Renungkan sejenak. Siapa kata Malaysia semakin menghampiri kemuflisan dan menanggung bebanan hutang sehingga RM 600 billion jika sehingga hari ini nilai wang RM 1 sehingga RM 100 masih ada didalam dompet kalian? Jika anda ke pasar borong mahupun pasar malam, adakah anda menggunakan sistem barter untuk urusan jual beli anda? Masih lagi menggunakan wang bukan?

Jadi sangat jelas Malaysia bukan seteruk bagai disangka. Sekurang-kurangnya bersyukurlah kerana anda masih mampu menggunakan wang untuk membeli sesuatu dari menukar telefon bimbit canggih masing-masing untuk sekampit beras!

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*