Siri 2 : Menjawab Isu 1MDB Tentang Kenapa Kerajaan Menubuhkan 1MDB

Share This:

Kebergantungan kerajaan sebelum ini terhadap pengurusan yang dilakukan oleh Khazanah Nasional terhadap pengurusan aset kerajaan antara punca kenapa 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) ditubuhkan pada tahun 2009.

1MDB dilihat sebagai syarikat pelaburan strategik milik kerajaan bagi memacu ekonomi dan pembangunan jangka panjang. Ketika ini, 1MDB lebih memberi tumpuan terhadap pelaburan dalam sektor tenaga dan hartanah.

download

Bagi sektor tenaga, 1MDB memiliki 13 loji janakuasa dengan penyahgaraman di lima buah negara dengan kapasiti bersih penjaan tenaga sebanyak 5,594MW dan sekaligus menjadikan 1MDB pengeluar tenaga bebas kedua terbesar di Malaysia selepas Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Bagi sektor hartanah pula, setakat artikel ini ditulis, 1MDB mempunyai 4 bidang tanah yang dipertanggungjawabkan untuk dibangunkan oleh kerajaan. Empat bidang tanah ini adalah Tun Razak Exchange (TRX) seluas 70 ekar yang dirancang untuk menjadi hub kewangan antarabangsa, Bandar Malaysia di Sungai Besi seluas 486 ekar, Pulau Indah seluas 318 ekar dan Air Itam seluas 234 ekar.

Tun Razak Exchange seperti yang diketahui akan dibangunkan hub kewangan antarabangsa sama seperti yang diamalkan oleh Switzerland dimana dinegara berkenaan menjadi tumpuan manusia terkaya menyimpan wang mereka. Dalam hal ini 1MDB mengambil peluang pasaran perniagaan pembankan yang tidak begitu meluas untuk membangunkan TRX sebagai tarikan terbaru pelabur antarabangsa untuk mendepositkan wang mereka.

images (1)

Bandar Malaysia di Sungai Besi pula bakal dijadikan bandar moden pertama di Malaysia dengan menempatkan hub pengangkutan terutama keretapi laju dari Kuala Lumpur ke Singapura, kem moden tentera dan banyak lagi. Manakala bagi tanah di Air Itam dan Pulau Indah, 1MDB merancang untuk membina rumah mampu milik yang begitu mendesak di kawasan berkenaan.

Semua ini bakal memberi pulangan keuntungan jangka panjang kepada 1MDB dan sekaligus menepis dakwaan bawaha 1MDB ditubuhkan hanya untuk mengayakan Perdana Menteri, isteri dan kroni beliau.

Dalam hal ini, apakah masi relevan kewujudan Khazanah Nasional terhadap kerajaan. Jika difahami fungsi antara dua entiti milik kerajaan ini, fungsi antara Khazanah dan 1MDB tidak bertindih. Khazanah Nasional lebih banyak terlibat dalam pelaburan dan pengurusan aset kerajaan dan perniagaan sedia ada seperti Tenaga Nasional Berhad, MAS, PLUS Expressway dan Telekom.

download (1)

Manakala 1MDB seperti yang dihuraikan diatas lebih terarah kepada projek pembangunan baharu bermula dari peringkat awal.

Jelas kerajaan lebih tahu dan mengerti keperluan penubuhan 2 syarikat ini bagi memacu pembangunan negara dalam menuju negara maju 2020. Andai tiada keseragaman begini, negara kekal hanya bergantung terhadap hasil minyak dan komoditi yang jelas tidak lagi sesuai untuk memajukan sesebuah negara.

Konsep 1MDB ini jika dilihat menyamai apa yang dilakukan oleh Temasik Holding yang kini diuruskan oleh dinasti Lee Kuan Yew terutamanya Perdana Menteri Singapura hari ini, Lee Hsien Loong. Pembangunan dan kemajuan yang dikecapi Singapura hari ini kebanyakannya hasil daripada pengurusan daripada Temasik Holding sehingga ada yang mengatakan, untuk merosakkan Singapura, rosakkan Temasik Holding dahulu.

images (2)

Jadi adalah tidak masuk akal apabila ada dikalangan rakyat mengatakan penubuhan 1MDB adalah yang pertama di dunia kerana baik Singapura mahupun Hong Kong, pengurusan pelaburan dan aset negara semuanya diuruskan oleh entiti milik kerajaan dan Temasik Holding adalah bukti nyata.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*