Filem Bravo V : Jangan Gunakan Keamanan Untuk Bebas Wujudkan Kebencian

Share This:

Semalam, penulis berpeluang menonton tayangan perdana filem Bravo 5 terbitan Karya Prima Production dengan sokongan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di ibu negara.

Filem yang mengisahkan cerita benar yang berlaku ke atas lima anggota Komando Gerak Khas Tentera Darat yang terpaksa bertempur dengan hampir 200 orang anggota Komunis berhampiran sempadan Padang Besar.

Mereka berlima terpaksa dipanggil semula dari rumah masing-masing kembali semula ke markas untuk bertugas biarpun ketika itu masih bersama keluarga untuk memerangi ancaman komunis dan menyelamatkan rakan anggota mereka yang diculik di dalam hutan.

Biarpun berjaya menyelamatkan rakan, mereka diburu secara agresif oleh anggota komunis yang berpangkala di dalam hutan dan seorang demi seorang anggota komando dibunuh oleh mereka.

maxresdefault

002_POSTER-BRAVO_BETO-1024x680

Apabila penulis menontonnya, penulis agak pelik mengapa masih ada pihak yang secara suka-suka hati mengkritik kerajaan dalam keadan aman damai tanpa menyedari pengorbanan anggota tentera yang bertarung nyawa memastikan keamanan negara.

Watak lakonan Remy Ishak iaitu Leftenan Azri yang terpaksa meninggalkan keluarga dan isteri yang baru dikahwini begitu meruntun jiwa penonton yang faham dan mahu berfikir betapa berharganya keamanan yang dikecapi.

Apabila Azri meninggalkan keluarga untuk masuk ke hutan, pada ketika itu kemudian tanpa ketahuan isteri yang baru dikahwinan dibunuh dan dirogol oleh komunis.

Begtu juga Sashi Taran yang memegang watak sebagai Koperal Morgan yang dijemput oleh jeep tentera ketika majlis pembakaran mayat ibunya yang meninggal dunia.

Dengan keamanan inilah rakyat yang konon hidup senang lenang dengan pendidikan tinggi mampu bersuara apa sahaja mengkritik kerajaan dan mempercayai hasutan pembangkang yang niatnya hanya mahu merampas kuas.

Mereka tahu, dengan kekuatan senjata dan ketenteraan, kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sukar ditumbangkan dengan kekuatan ketenteraan ATM yang sukar ditandingi.

Jadi, mereka ubah strategi kepada cara mewujudkan kebencian kepada kerajaan dan kemudian cuba memecahbelahkan golongan bangsa majoriti di Malaysia iaitu bangsa Melayu.

Hasilnya, segelintir rakyat dari bangsa Melayu dan bangsa lain membenci kerajaan tanpa sebab munasabah dan membangkang semuanya yang kerajaan lakukan demi rakyat.

Mereka pula dapat membangkang dalam keadaan aman dan suara luahan mereka tidak disekat di laman sosial secara bebas dan melampau.

Golongan ini tidak menyedari betapa besar pengorbanan yang dicurahkan oleh anggota ATM sebelum ini dan ketika ini dalam mempertahankan keamanan yang dikecapi sehingga kini.

Jika askar kita tidak berdisiplin dan tidak menjalankan tugas dengan baik, pastinya kita masih dibawah telunjuk pihak tertentu dan tidak aman seperti sediakala.

Filem berkenaan sudahpun memulakan tayangannya di negara ini pada 10 September lepas dan ia adalah hasil arahan Opie Hitler Zami.

Hargailah keamanan dengan toleransi serta keharmonian bukannya dengan pergolakan dan pertelingkahan sesama kita.

– PRU14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*