Siapa “Orang Dalam” PAC Yang Dedahkan Data 1MDB Kepada WSJ?

Share This:

The Wall Streets Journal kembali semula dengan penerbitan artikel fitnah terbaru mereka yang mengatakan sebuah dana pelaburan kerajaan Abu Dhabi telah mendakwa bayaran AS$1.4 bilion (RM6.02 bilion) daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada salah satu anak syarikatnya dilaporkan hilang.

Dalam laporan berkenaan, International Petroleum Investment Co (Ipic), sebuah syarikat pelaburan United Arab Emirates (UAE), menjamin AS$3.5 bilion itu dalam bentuk bon, yang dikeluarkan 1MDB untuk membiayai pembelian loji kuasa pada 2012.

download (8)

Sebagai balasan, Ipic mempunyai pilihan membeli 49% kepentingan dalam loji kuasa itu serta cagaran bagi bon itu. Memetik draf laporan Ketua Audit Negara, WSJ mendedahkan dalam artikel atas talian itu, 1MDB membuat bayaran cagaran sebanyak AS$1.4 bilion kepada Aabar Investments PJS, anak syarikat Ipic.

Penyata kewangan yang disatukan Ipic bagaimanapun, tidak menunjukkan sebarang rujukan kepada penerimaan bayaran itu. Memetik sumber yang tidak dinyatakan, WSJ berkata baik Ipic ataupun Aabar tidak menerima wang itu dan tidak tahu ke mana ia menghilang.

Laporan ini pantas mendapat reaksi segara dari pihak 1MDB dengan mengatakan penyata kewangan berauditnya secara jelas menunjukkan jumlah dan tujuan pembayaran berkenaan. Berdasarkan bayaran itu, 1MDB berkata ia boleh mengesahkan International Petroleum Investment Co (IPIC) telah menyediakan, dan akan terus menyediakan, menjamin prinsipal dan faedah bon 2 x US$1.75 bilion yang diterbitkan oleh 1MDB, dengan keseluruhan prinsipal dan faedah sebanyak kira-kira US$5.5 bilion.

download (9)

Malah Deloitte mempertahankan metodoliginya dan proses audit 1MDB pada sesi pendengaran Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Hasil daripada laporan berkenaan, pihak 1MDB telah melakukan laporan polis berhubung artikel berkenaan. Hasilnya, dipercayai seseorang daripada anggota Jawatankusa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah bertindak menyalurkan maklumat sulit palsu terhadap WSJ yang seterusnya dijadikan bahan oleh WSJ menghentam 1MDB.

Perkara sebegini jelas merupakan tindakan pecah amanah yang dilakukan oleh individu yang diberi amanah untuk melakukan siasatan menyeluruh oleh Parlimen dalam menyiasat sebarang penyalah gunaan dana 1MDB. Adalah amat dikesali bahawa tindakan individu berkenaan jelas menunjukkan beliau mempunyai niat serong mahu melihat kerajaan yang ada hari ini runtuh.

images (21)

Dalam mana-mana pertubuhan atau syarikat sekalipun, dokumen mereka adalah sulit dan tidak wajar dihebahkan kepada tatapan orang ramai. Tindakan individu ini jelas mahu merosakkan nama 1MDB. Paling serius, individu ini telah memecahkan amanah yang diberikan kepadanya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*