Mungkinkah Sukan Bola Sepak Diharamkan Di Malaysia?

Share This:

Angkara tidak puas hati dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), kumpulan penyokong tegar pasukan kebangsaan, Ultras Malaya bertindak membaling suar dan mercun roket ke atas padang ketika perlawanan Malaysia melawan Arab Saudi.

Banyak pihak melabelkan tindakan melabelkan tindakan itu sebagai biadap dan tidak menghormati bola sepak antarabangsa, tetapi bagi penyokong bola sepak Malaysia, mereka sudah muak dengan persembahan pemain kebangsaan yang tetap di takuk lama.

Laman Facebook rasmi mereka, Harimau Malaya dalam satu statusnya menyuarakan sekali lagi rasa tidak puas hati mereka.

Kekecewaan ini berlaku akibat berkali-kali pendapat dan kekecewaan sudah dimaklumkan kepada FAM namun sehingga hari ini tiada perubahan dalam prestasi bola sepak negara yang sentiasa hambar.

Ketika siaran langsung malam tadi, pengulas sukan di televisyen berkenaan menasihati Ultras Malaya supaya menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan rasa tidak puas hati.

“Admin cuma nak tanya. Berapa lama si pengulas ni follow bola Malaysia.. Ingatkah FRU berbaris di depan FAM dulu? Semuanya telah peminat lakukan. Petisyen? Complain letter? Ingat tak berapa ramai dah sangkut Akta 88? Semuanya untuk bola sepak,” katanya.

61441762587_freesize

Mungkinkah ini masanya, sukan bola sepak bakal diambil tindakan diharamkan di Malaysia kerana kekecohan yang semakin kerap berlaku sehingga membahayakan orang ramai khususnya pemain dan penonton yang hadir menonton perlawanan.

Keadaan seperti itu juga pernah berlaku ketika perlawanan akhir Piala Malaysia dan saingan pertandingan lain apabila berlaku pergaduhan melibatkan penonton apabila ada botol mineral yang dibaling ke dalam padang dan kadang-kadang ada yang terkena penonton.

Paling bahaya, kelemahan pengendalian hari perlawanan kerana masih banyak mercun dan benda terlarang berjaya dibawa masuk ke dalam stadium tanpa ada pengawasan ketat.

Pernah berlaku, sepucuk pistol dijumpai di dalam tandas di dalam stadium ketika sebuah perlawanan sedang berlangsung.

Ketika itu, pastinya banyak stadium yang terbina akan menjadi umpama gajah putih selepas sukan berkenaan diharamkan.

Kalau terus dimainkan dalam negara pun, pencapaian pasukan Harimau Malaya di peringkat antarabangsa tetap memalukan dengan kekalahan besar kepada pasukan dari Timur Tengah kebanyakannya.

Sebelum pertemuan dengan Arab Saudi malam semalam, Malaysia tewas dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 0-10 dan Palestin 0-6.

Semalam, perlawanan dihentikan ketika perlawanan masih berbaki dua minit ketika kedudukan 1-2 dengan Arab Saudi mendahului berikutan kekecohan itu.

81441726009_950x600
Gol tunggang Harimau Malaya yang dijaringkan Safiq Rahim pada perlawanan menentang Arab Saudi di Stadium Shah Alam.

61441726153_950x600

Janganlah FAM terus cuba melarikan diri lagi dari para peminat bolasepak sebaiknya duduk berunding dan lakukan perubahan drastik segera yang diperlukan dalam apa aspek sekalipun termasuk jika terpaksa membuat perubahan pada barisan kepimpinan FAM itu sendiri.

– PRU14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*