Suami Paksa Isteri Jalan Separuh Bogel

Share This:

NANCHANG – Gara-gara marahkan isteri yang didakwa curang dengan lelaki lain, seorang suami nekad memaksa wanita tersebut berjalan separuh bogel di tengah-tengah bandar Yushan, China, dengan memegang sepanduk kelmarin.

naked 2

Portal berita Daily Mail melaporkan, Wang Ni, 33, turut dipukul suaminya dan dipaksa berjalan berkaki ayam dengan hanya memakai pakaian dalam sambil memegang papan tanda ‘Saya mahu jual badan saya’ di sepanjang jalan mengelilingi bandar Yushan.

Suaminya, Zhang, 37, yang tinggal di bandar lain kerana faktor pekerjaan dan memiliki dua orang anak perempuan bersama Ni, mendakwa isterinya itu curang walaupun mereka sudah 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Insiden pergaduhan rumah tangga itu berlaku apabila Zhang pulang secara tiba-tiba ke rumah selepas keluar minum bersama rakannya yang menghasut, memberitahu isterinya itu curang.

Beberapa gambar menunjukkan Ni berjalan di sepanjang jalan di Yushan, Jiangxi dengan diiringi oleh sebuah kereta pacuan empat roda yang dinaiki suaminya.

Suaminya itu dilihat memandu perlahan-lahan di samping isterinya sambil melihat wanita itu dimalukan.

Hasil soal siasat mendapati, Ni tidak berlaku curang sekali gus membuktikan dakwaan suaminya itu silap, membuta tuli, dan mudah mempercayai orang lain tanpa membuat siasatan.

Zhang tampil memohon maaf melalui surat khabar tempatan, namun tidak pasti sama ada Ni menerima permohonan maaf yang dibuatnya itu. – UTUSAN

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*