Tubuh Badan Bebas Urus Pengadil Bola Sepak

Share This:

Sebuah organisasi bebas perlu ditubuhkan bagi menguruskan pengadil perlawanan bola sepak Liga Malaysia.

Perkara itu diluahkan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang katanya badan bebas itu perlu bagi mengelakkan berlakunya sebarang isu konflik kepentingan peribadi.

“Pada masa ini, sistem pengadilan masih lagi dibawah badan induk iaitu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Perkara ini perlu diketengahkan supaya integriti dalam kualiti pengadilan perlawanan bola sepak negara terjamin”, katanya melalui satu status yang dimuatnaik di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers.

Tegasnya pengurusan baru juga dapat mengelakkan sesetengah pengadil bersikap berat sebelah akibat terhutang budi kepada FAM yang merupakan majikan mereka dan memberi punca sumber pendapatan.

Beberapa pihak mendakwa keputusan pengadil kebanyakannya sengaja tidak berpihak pasukan bola sepak Johor akhir-akhir ini.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*